Nuffnang Ad

Tuesday 29 November 2016

Tart telur



TART TELUR

Untuk Kulit 
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla




Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.

Bahan Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 ½ sudu besar tepung kastard
½ sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning

Cara Buat Filling :
Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah dibakar terlebih dahulu.  Kemudian bakar semula dalam oven dgn suhu 180c ikut kepanasan oven masing-masing selama 20 minit atau hingga masak.

Friday 25 November 2016

Kek Coklat Cheese Lava Berhantu



KEK COKLAT CHEESE LAVA 

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak




Cara
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar

KRIM CHEESE
250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat


STEP MELAPIS KEK

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA

Wednesday 23 November 2016

Kuih Lapis Tradisional



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau atau merah




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
1 bahagian warnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna hijau kukus lagi, buat lah begitu berselang seli hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni warna dan cara kak ruby.



Tuesday 22 November 2016

Agar-agar kering ku jadikan Doorgift utk perkahwinan anak ku.....

Assalammualaikum, Oktober 2016 boleh dikata bulan yang paling sibuk buat diri ku, bukan setakat sibuk saja malah penuh dengan debaran hehehe macam budak-budak nak ambil SPM pula berdebar-debar.......tapi aku bukan nak ambil SPM, cuma nak menerima menantu,  mungkin menantu sulung lah kot membuatkan aku tak senang duduk, macam-macam nak buat, seribu satu yang aku fikir, nak beli tu ni, nak tambah itu ini, macam-macam lah,  dalam pada itu seronok pun ada jugak, nak dapat menantu lah kata kan.
Pekara yang terpenting bagi aku ialah doorgift, untuk doofgift saja aku fikir berbulan-bulan.  Entah macam mana aku teringat agar-agar kering, "wah cantik nya berwarna warni", kata hati ku, aku pun terus nekat nak jadikan agar-agar kering sebagai doorgift untuk perkahwinan anak ku.
Aku mula lah cari resepi hehehe terima kasih Azie Kitchen, dengan resepi dari Azie ini berjaya projek aku.  Semua nya aku buat sendiri, ideal datang mencurah-curah, ku beli botol dan segala keperluan dan akhir nya terjadilah satu bentuk doorgift yang cantik.
Pada hal masa kecik kecik dulu, setiap kali hari raya kakak ku mesti buat punya.  Waktu itu aku tak hiraukan sangat, sebab aku tak berapa suka kalau makan pun satu dua je.  Itu dulu, semua nya hanya tinggal kenangan, kakak pun sudah tiada lagi Alfatihah buat kakak ku.  Entah lah sekarang aku suka pula agar-agar kering sampai aku jadikan doorgift.


Agar Agar Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)





 Cara
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Friday 18 November 2016

Pau pandan yg sangat lembut



PAU PANDAN INTI KELAPA

Bahan
500 gm tepung pau
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air - kak ruby tumbuk daun pandan ambil air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung



Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit.  Kukus selama 10 minit.  

Thursday 10 November 2016

Pisang smoothie yg tersangat ringkas, tapi sedap



PISANG SMOOTHIE

Bahan
1 biji pisang montel yg masak
2 sudu besar yogurt perisa apa2 je (kak ruby letak 4 sudu)
1 sudu besar gula
100 ml low fat milk
Air ketul secukupnya



Cara
Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sehingga smooth/halus.
Tuangkan ke dalam gelas kesukaan dan sedia untuk dinikmati.

Wednesday 9 November 2016

Mangga smoothie yang ringkas sangat...



MANGGA SMOOTHIE

Bahan
½ biji isi manga masak
2 sudu besar yogurt perisa mangga (kak ruby letak 4 sudu)
1 sudu besar gula
½ cawan low fat milk
½ cawan air
Air ketul secukupnya



Cara
Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sehingga smooth/halus.
Tuangkan ke dalam gelas kesukaan dan sedia untuk dinikmati.

Tuesday 8 November 2016

Bingka jagung untuk minum petang



BINGKA JAGUNG

Bahan
2 cawan jagung* yg sudah dihiris-hiris ( kisar )
2 cawan santan pekat* / kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya / tabur



Cara
Kisarkan jagung bersama santan.
Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard. Kacau hingga rata. Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang. Taburkan bijan di atas adunan. Bakar selama 1 jam.