Nuffnang Ad

Monday 28 December 2020

Kek Marble Lembut


 

KEK MARBLE LEMBUT
 
Bahan A
150 gm butter dicairkan  - (timbang dulu baru dicair)
Bahan B
5 bij telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula halus
1 sudu besar ovalete
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kesukaan





 
Cara
Panaskan oven, sapu loyang 8" x 8" dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.  Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
 
Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu.  Masukkan Bahan A iaitu butter yang telah dicairkan dan sejukan, Kaup balik hingga sebati.
 
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan.  Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang hingga selesai.  Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
 
Bakar hingga masak pada suhu 160c selama 45 – 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).  Masak, sejukkan.


Saturday 19 December 2020

Bengkang tepung beras gula merah

 


BINGKA TEPUNG BERAS
 
Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula halus
1 cawan gula merah
7 cawan santan
½ sudu kecil garam





Cara
Semua bahan digaul rata dan dimasak hingga pekat, dengan api sederhana saja.
Masukkan ke dalam loyang 8” x 8” yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Bakar pada suhu 180c – 200c selama 1 jam atau hingga masak.
Bila sudah  masak, tunggu betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.  Masa panas  kuih masih lagi lembik.


Sunday 6 December 2020

Tart cheese

 


TART CHEESE
 
Bahan
170 gm butter
50 gm gula ising
1 biji telur – grend C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla




 
Cara
Pukul butter bersama gula dengan menggunakan senduk kayu sahaja, jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi dengan senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut, kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart, cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170c sehingga masak lebih kurang dalam 15 – 20 minit.
 
Untuk cream cheese filling
250 gm cream sheese
60 gm gula ising
1 biji kuning telur
½ sudu teh esen vanilla
blueberry secukupnya



Cara
Putar cream cheese bersama gula hingga berkerim, masukkan kuning telur dan vanilla, pukar lagi.
Masukkan blueberry filing ke dalam kulit tart, piping cream cheese diatasnya.
Bakar pada suhu 170c selama 10 minit,   
 

Sunday 22 November 2020

Kek lumut

 


KEK LUMUT 
 
Bahan
5 biji telur
225 gm butter
¾ cawan gula halus - boleh kurang klu tak suka manis
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan susu pakat manis
½ cawan kaya
100 gm horlicks/nestum diblend halus
2 sudu mkn pes pandan
Pewarna hijau secukupnya



Cara
Pukul telur hingga kembang, ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul butter bersama gula hingga berkrim, kemudian masukkan telur yang dipukul tadi, kacau sebati.
Masukkan tepung, susu pekat, kaya dan horlicks kacau sebati, akhir sekali masukkan pes pandan dan pewarna.  Kacau lagi biar betul sebati.  Masukkan dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan kertas minyak.



Bakar pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak.
 


Friday 20 November 2020

Apam gula merah

 


APAM GULA MERAH
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis





 
Cara
Masak gula merah dengan 2 cawan air, sejukkan dan tapis.
Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.  Masukkan pula gula merah dan yis.
Kacau rata dan sebatikan tutup mangkuk dan perap selama 1 jam.
Acuan disapu sedikit minyak dan panaskan pengukus.  Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.
 

Thursday 12 November 2020

Kek span pandan cheese

 



KEK SPAN PANDAN CHEESE
 
Bahan
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Perisa pandan dan pewarna hijau




Cara
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa pandan dan pewarna hijau, satu bahagian lagi biarkan warna asal. (kak ruby buat 1 warna sahaja, warna hijau dan perisa pandan)
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180c.  Bila masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek, lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek kempis.
Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.



 UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
 
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
 
Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Monday 26 October 2020

Bahulu rangup

 


BAHULU RANGUP
 
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/halus – boleh kurang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila





 
Cara
Satukan telur, esen vanilla dan gula pukul hingga kembang putih gebu.
 
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.  Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak, kemudian masukkan adunan, jangan penuh.
 
Bakar suhu 160c selama 20 – 30 minit atau hingga masak.  Bila masak terus keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan.
 
·       Klu rajin, sangai dulu tepung gandum utk mndpt bahulu lg cantik. 

Wednesday 21 October 2020

Kuih cara jagung

 



KUIH CARA JAGUNG
 
Bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan jagung manis krim
1 biji telur – pukul dulu
2 cawan santan
Sedikit pewarna lemon yellow
Sedikit garam
Sedikit gula
 
Bahan inti
1 cawan jagung manis krim + 1 sudu besar gula, gaul sebati.





 
Cara
Blender semua bahan diatas kecuali bahan inti, tuang dalam jag kecil.
Panaskan acuan kuih cara dengan api perlahan, kemudian sapu sedikit minyak.
Tuang ¾ adunan ke dalam acuan,  masukkan inti kemudian tuang lagi adunan bagi penuh acuan, tutup dengan penutup acuan, bakar hingga masak.
Keluarkan kuih cara dari acuan, dan ulang hingga adunan habis.

Friday 16 October 2020

Basque burnt cheesecake

 


BASQUE BURNT CHEESECAKE
 
Bahan
500 gm cream cheese
160 gm gula castor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
250 gm whipping cream
2 sudu tepung gandum
Loyang 7” atau 8”





 
Cara
Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu, sebatikan
Masukkan esen vanilla dan whipping cream kacau sebati, akhir sekali masukkan tepung gandum kacau sebati.
Tuang adunan dalam loyang pembakar yang sudah disapu dengan sedikit butter dan diletak baking paper tinggi, supaya adunan tidak meleleh tumpah masa bakar nanti,  hentak2 sikit, baru masukkan ke dalam ketuhar. 
 
Bakar suhu tinggi 200c selama 1 jam.


Wednesday 14 October 2020

Apam Jagung

 


APAM JAGUNG
 
Bahan
1 cawan jagung segar yg telah direbus/jagung dalam tin pun boleh
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 cawan santan
2 st yis
1 st baking powder
Sedikit pewarna kuning




 
Cara
Rendam yis bersama sedikit gula kedalam secawan air suam, biar kembang.
Ayak ke dua-dua tepung bersama baking powder, masukkan kedlm mangkok, ketepikan.
Kisar jagung tadi Bersama gula dan santan, kisar halus, masukkan secubit garam dan pewarna kuning, tuang kedalam mangkuk tepung tadi, gaul sebatikan dan perap selama 2 jam.
Sapu sedikit minyak pada acuan.  Panas kan kukusan,  kukus selama 15 – 20  minit.

Wednesday 23 September 2020

Apam Kampung

 


APAM KAMPUNG
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
½ cawan gula merah
½ cawan gula putih
3 cawan air
½ sudu kecil garam
11 gm yis (1 paket)
1 cawan kelapa putih 





 
Cara
Masakkan gula merah, gula putih dan air sampai larut, tapis sejukkan.
Gaulkan tepung gandum, tepung beras dan yis, kemudian masukkan air gula yang sejuk tadi.
Gaul lagi sampai betul-betul sebati, adunan tidak pekat dan tidak cair, Perap selama 45 minit atau hingga 1 jam (sampai baik kembang).
Tuang adunan terus ke dalam loyang,( jangan kacau tau) Loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.  Kukus selama 45 minit.   
 

Wednesday 16 September 2020

Kek Marble Jelita

 


KEK MARBLE JELITA
 
Bahan
250 gm buttercup - dicairkan
180 gm gula castor
5 biji telur
220 gm tepung naik sendiri
½ sudu teh baking powder
60 ml susu segar
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Beberapa pewarna kesukaan






 
Cara
Masukkan gula, ovelette, telur dan esen vanila dalam bekas pukul sehingga gebu.
Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder.
Akhir sekali masukkan buttercup yang dicair tadi.  Kacau hingga betul betul sebati.
 Ambil ¼ dari adunan dan bahagi kepada 3 atau 4 bahagian, warna kan dengan warna pilihan sendiri (ini untuk dijadikan corak atau bunga, cara tersendiri)
Gris loyang dan alas dengan baking paper, masukkan adunan asal yang tidak berwarna kemudian masukkan adunan yang berwarna, lukis atau buat lah corak tersendiri.
 
Bakar selama 50 minit atau 1 jam dengan suhu 150c, guna rak yang paling bawah sekali. Api atas bawah.  Untuk mendapat corak yang cantik tidak hitam, 10 terakhir tutup loyang dengan aluminium foil.

Tuesday 8 September 2020

Kek pisang lembut

 


KEK PISANG LEMBUT
 
Bahan
6 biji pisang berangan
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
¾ cawan mentega – dicairkan
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar ovellete
1 sudu besar esen pisang
1 biji pisang hiris utk hiasan
Guna Loyang 9”






Cara 
Lecek pisang hingga hancur dan campur dengan soda bikarbonat, Kacau rata.
Putar telur, gula, ovellete dan esen pisang hingga kembang.  Kemudian masukkan ke dalam adunan pisang tadi dan kacau rata secara kaupbalik dengan spatula.
Masukkan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Gaul rata dengan spatula je.
Akhir sekali masukkan mentega cair dan gaul kaupbalik hingga rata.
Tuangkan kedalam loyang yang beralas kertas minyak dan sapu sedikit mentega.
Taburkan hirisan pisang dan bakar selama 50 minit dengan suhu 170c.