Nuffnang Ad

Thursday 26 February 2015

2 resepi kerabu rumpai laut

Assalammualaikum, ni hari jumaat punya cerita...terlambat sikit hihihi sibuk kak ruby ni, hari ni baru dapat publish dalam kayumaniskorner........kawan anak kak ruby dari Sabah, bagi banyak jugak rumpai laut,  memang sebelum ni kak ruby belum pernah makan malah masak pun tak pernah rumpai laut.......apa lagi google lah kak ruby cari apa kebaikkan rumpai laut....rupa2nya banyak khasiat dan kebaikkan rumpai laut ni....ada 20 khasiat....panjang lah pula kalau satu persatu kak ruby nak cerita kat sinikan.  Nanti pandai2 lah cari sendiri ye......ada 2 resepi kak ruby buat, lain2 bahan nya....kedua-dua resepi ni sedap...sapa nak kolagen asli dari rumpai laut boleh cuba resepi ni.


KERABU RUMPAI LAUT (resepi pertama)

Bahan
1 mangkuk rumpai laut
1 biji timun - potong menamjang
1 biji bawang besar - potong nipis bulat2
2 biji cili merah/cili padi - potong kecil2
2 biji cili hijau - potong kecil2
1 biji buah tomato - potong kecil2
sedikit udang kering - goreng sekejap dan ditumbuk
4 biji limau kasturi - ambil jus
cuka, dan garam secukupnya rasa.







ini rumpai laut selepas diredam dan belum dicampur apa2.








Cara
Rumpai laut dicuci bersih dan direndam semalaman, kemudian potong pendek.
Campurkan dan gaul rata semua bahan2 yang disediakan.
Hidangkan bersama nasi.

KERABU RUMPAI LAUT (resepi kedua)


Bahan
Semangkuk rumpai laut (yang sudah direndam semalaman)
(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (ditumbuk lumat)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan kerisik)

Cara:
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.

Friday 20 February 2015

Bubur Pulut Hitam



BUBUR PULUT HITAM

Bahan 
1 cawan pulut hitam (cuci dan rendam, 1 jam)
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam


 



















Cara
Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, gula, daun pandan dan garam.  Masak hingga mendidih dan dikacau hingga semua nya sebati. Tutup api.
Untuk kuah
Panaskan santan pekat dan garam, didih je tutup api.
Boleh dihidangkan bersama pulut hitam. 

Thursday 19 February 2015

Kek Lapis Green Tea

Assalammualaikum,  kak ruby minta maaf banyak2 pada tuan asal resepi kek marble green tea, sbb kak ruby tukar pula pada kek lapis green tea, pada hal resepi nya sama je......hihihi sebenarnya kak ruby tak pandai nak buat marble tu, pusing punya pusing tak jugak menjadi, maka akhir nya jadi lah lapis green tea.


KEK LAPIS GREEN TEA

Bahan
120 gm tepung gandum
120 gm gula halus
140 gm mentega
60 gm serbuk badam
2 biji telur
2 sudu besar serbuk green tea
2 sudu besar air panas
1/2 sudu teh baking powder


Cara
Satukan serbuk green tea dengan air panas dan kacau rata hingga menjadi paste, ketepikan.
Ayak tepung gandum bersama baking powder, campurkan serbuk badam dan gaul rata, ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga adunan kembang.  Pada speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Ambil 1/3 adunan, campurkan dengan green tea yang sudah menjadi paste tadi, gaul sebati.
Dalam loyang yg telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas, tuangkan adunan kosong dan diikuti dengan adunan green tea, Kemudian pusing dengan chopstick untuk mendapatkan bentuk marble.  (cara kak ruby senang,  lapis je warna asal dengan warna hijau green tea tu, kemudian bakar)
Bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan suhu 170c bergantung pd oven masing2 lah ye.

Wednesday 18 February 2015

Agar2 koko bintik horlicks

Assalammualaikum, terlebih dahulu kak ruby ucapkan terima kasih pada syapex kitchen diatas resepi agar2 yang sedap ni.....tapi sayang seribu kali sayang,  waktu kak ruby tengah masak agar2 tu baru kak ruby sedar yang stok simpanan koko kak ruby dah habis, nak p beli pun agar2 sudah atas api.......milo lah jadi penyelamatnya untuk gantikan koko......rasa nya masih lagi sedap, sangat lah sedap apa lagi dengan cuaca panas sekarang ni bertambah-tambah sedap nya,  hihihi cuma rupa nya lah malap sikiiiiiiit.
AGAR-AGAR  KOKO BINTIK HORLICKS

Bahan
13 gm serbuk agar2
220 gm gula
1.1 liter air
400 gm susu ideal
3 sudu besar serbuk koko
2 susu besar susu pekat
4 sudu besar horlicks (bersamaan 1/4 cwn)

Cara
Didihkan serbuk agar2 dan air sehingga larut.  Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu ideal dan biarkan mendidih.
Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama banyak.  masukkkan koko dan susu pekat ke dlm satu bahagian dan satu bahagian lagi masukkan horlicks.
Tuangkan adunan horlicks kedlm 8" persegi dan biarkan beku. Potong sebesar 1 cm kiub dgn pisau bergerigi,




















Tuangkan bahagian koko kedlm bekas 8" persegi atau acuan pilihan sendiri, dan taburkan ketulan2 horlicks tadi.  Biarkan sejuk agar2 sejuk sepenuhnya sebelum dimasukka kedlm peti sejuk.

Saturday 14 February 2015

Hotdog ayam masak merah

Assalammualaikum, hari ni si manja anak kesayangan kak ruby tu (wafa).....lebih awal dari kak ruby masuk dapur, kak ruby biarkan aje, nampak2 dia macam nak masak sesuatu ialah nampak ambil bawang, pisau bagai.......dipendekkan cerita memang wafa masak hari ni.....kak ruby tinggalkan anak kak ruby tu dengan dunia masakkannya di dapur .......bila sampai waktu makan, rupa nya ada dua resepi yang wafa masak, selain dari hotdog masak merah dan satu lagi siakap steam.  
Aduh-aduh dua-dua resepi ni sungguh sedap.......sapa2 yang nak try resepi dari wafa disini kak ruby publish kan hotdog masak merah dulu ye.


HOTDOG AYAM MASAK MERAH

Bahan
1 paket hotdog/sosej
1/2 cwn cili sos
1/2 cwn tomato sos
1 cwn air
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
1/2 cwn kacang peas
1/2 inci halia - potong panjang
garam dan gula secukupnya

Cara
Hotdog potong ikut suka.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hotdog sekejap angkat dan toskan.
Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak sedikit, kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan air, cili sos, tomato sos dan kacang peas kacau sebati, biarkan hingga mendidih masukkan garam dan gula, akhir sekali masukkan hotdog kacau2 agak pekat sedikit tutup api, angkat.

Apam Labu

Assalammualaikum, sebenar nya dah selalu juga kak ruby buat apam labu ni, cuma sebelum ni kak ruby ikut resepi lain, guna ovalette dan juga baking powder biasa je tapi resepi kali ni guna yis.....apa2 pun ke dua dua resepi ni sama-sama sedap dan sama-sama cantik jadi nya.  Boleh lah cuba pada sapa2 yang belum mencuba tuuu.

APAM LABU

Bahan A
3 sudu mkn tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu mkn air suam

Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C
200 gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder


Cara
Campurkan bahan A dan kacau hingga sebati,  biarkan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan B dan kisar halus, tuangkan kedlm mangkuk adunan.
Masukkan bahan C kedlm adunan B yang dikisar tadi dengan cara sedikit demi sedikit dan kacau rata.  Masukkan pula bahan A dan kacau hingga sebati.
Biarkan adunan selama 1 jam (seelok-eloknya tutup mangkuk adunan)
Panaskan kukusan dan masukkan adunan ke dalam loyang besar atau acuan2 kecil yg telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus hingga masak, lebih kurang dalam 15 atau 20 minit.
Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.

Tuesday 10 February 2015

Talam Tokyo lagi



TALAM TOKYO

Bahan
300 gm sago kecil warna putih
60 gm sohoon
100 ml santan pekat
100 gm kelapa parut putih
300 ml air
1 sudu kecil garam















Cara
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong pendek.
Satukan bahan2 diatas dan masukkan kedlm loyang 10x10x2" yg telah disapukan dgn sedikit minyak atau alaskan dgn plastik dan oleskan sedikit minyak.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Utk lapisan atas
4 biji telur ayam
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam


Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata dan sebati, tapiskan.
Masukkan kedalam periuk, masak hingga naik wap, tuangkan adunan keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api dan sejukkan kuih, biarkan benar2 sejuk baru dipotong.


Tiramisu yg sedap



TIRAMISU

Bahan
1 bungkus biskut tiramisu
250 gm cream cheese
250 ml whipping cream
150 gm gula halus - boleh tambah atau kurang
1 cawan air nescafe - tanpa gula
serbuk coklat/milo untuk tabur di atas



Cara
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang.
Celupkan biskut ke dalam air nescafe dan susun dalam bekas pilihan sendiri, Kemudian letakkan cheese yg sudah dipukul kembang tadi, ratakan celup lagi biskut ke dalam air nescafe susun di atas cheese, letak lagi cheese, ulangi proses ini sehingga habis.
Taburkan atau ayak serbuk coklat diatas permukaannya.
Simpan dalam peti ais. makan sejuk2 sedap sangat.  

Sunday 8 February 2015

Bingka Labu tanpa Telur

Assalammualaikum, beberapa hari yang lalu kak ruby buat pau labu, sedap dan cntik  hasil nya.....hari ini pun masih dalam cerita labu jugak, hihihi macam cerita labu dan labi pula..... kisah kali ni bingka labu tanpa telur, kiranya tak masuk telur lah tu kan?, resepi nya macam biasa lah dari Yatie, terima kasih yatiememories, memang sedap.....kak ruby buat dua satu garing dan satu lagi biasa je, memang yang garing tu lagi sedap, yang biasa tu sedap jugak tapi agak lembek sikit.....hasil nya jugak cntik sangat kuning je, menyelerakan sapa2 yang tengok.


BINGKA LABU TANPA TELUR

Bahan
250 gm labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn santan pekat
3/4 cwn susu cair/sejat
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar menjerin
bijian utk tabur atas kuih - kak ruby tak tabur





Cara
Satukan kesemua bahan2 dlm blender dan kisar halus.  Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan kedlm acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.
Bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau hingga masak.
Sejukkan bingka, baru dipotong

Wednesday 4 February 2015

Hokkaido Cupcakes



HOKKAIDO CUPCAKES

Bahan A
3 biji telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum *
secubit garam *


Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C (krim kastad)
1 sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

















Cara
Panaskan oven suhu 170c. Ayak bahan yang bertanda * ketepikan.
Dalam mangkuk satukan kuning telur dan gula pukul hingga berkrim.  Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung, kacau sebati.  Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji, ketepikan.
Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur, masukkan baki putih telur kaup balik lagi ratakan.
Masukkan kedalam cup 3/4 penuh.  Bakar selama 20 minit atau hingga masak.
Cara membuat krim kastad
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau supaya  tidak berketul.  Masak sehingga pekat, sejukkan dan paipkan kedalam cupcake menggunakan nozel.

Monday 2 February 2015

Pau Labu yg sangat gebu

Assalammualaikum, kali ni kak ruby buat pau labu pula, sememangnya dah lama kak ruby nak buat tapi penyakit malas yang menjadikan tertangguh-tangguh, kali ni kak ruby kuat kan jugak dek kerana teringin sangat nak makan......alhamdulillah pau jadi dengan baik sangat tak banyak masalah warna cantik dan gebu je, rasa nya apa lagi mesti lah sedap........terima kasih Chek Gu Besar tapi kak ruby minta maaf banyak2 sebab kak ruby ubah sikit resepi dengan cara kak ruby.

PAU LABU

Bahan
1 1/2 cwn tepung pau - kak ruby letak 2 cwn (tepung gandum pun boleh)
2 sudu besar susu tepung - kak ruby tak letak
1 cawan labu yg telah direbus & dilenyek
1 sudu teh yis segera - kak ruby letak 2 sudu teh
1/2 sudu teh bread improver - kak ruby tak letak
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar marjerin/shortening
secubit garam
1/2 cwn air sejuk - kak ruby tak letak
*inti kegemaran masing2, secukupnya





Cara
Masukkan semua bahan kecuali air dan garam kedalam mixer bowl, masukkan air jangan habiskan. ini kerana kandungan air dalam labu mempengaruhi jumlah air yg perlu dimasukkan.
Cara kak ruby yg tidak letak air.....campurkan yis segera dengan sedikit air suam hingga berbuih,
Satukan semua bahan dalam bekas besar, masukkan yis yg sudah berbuih tadi, uli bersama shortening hingga menjadi doh yang lembut.  Perapkan selama 30 minit atau hingga naik 2 kali ganda, tumbuk2kan utk keluarkan angin.
Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian atau ketul, masukkan inti, bentukkan bulat dan biarkan lagi selama 15 minit, kukus  hingga masak.