HOKKAIDO CUPCAKES
Bahan A
3 biji telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum *
secubit garam *
Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar - optional
Bahan C (krim kastad)
1 sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara
Panaskan oven suhu 170c. Ayak bahan yang bertanda * ketepikan.
Dalam mangkuk satukan kuning telur dan gula pukul hingga berkrim. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung, kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji, ketepikan.
Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur, masukkan baki putih telur kaup balik lagi ratakan.
Masukkan kedalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau hingga masak.
Cara membuat krim kastad
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau supaya tidak berketul. Masak sehingga pekat, sejukkan dan paipkan kedalam cupcake menggunakan nozel.
No comments:
Post a Comment