Nuffnang Ad

Thursday 31 October 2013

Bahagia


Sesekali bila aku sendirian begini......aku akan ulangi membaca sajak kenangan dan kesukaan aku, sajak ni adalah salah satu dari banyak2 sajak yang tersimpan dalam koleksi aku.........Bahagia.......
                                            
BAHAGIA 

kini aku bahagia 
setelah kau ku temui kembali
ditepian titisan kasih 
berbunga disudut hati……..

biar pun utk seketika 
aku bahagia jua
sekali pun tidak padamu 
padaku, aku bahagia
biar pun hanya berpura 
bahagia jua dirasa 
bahagia cuma milik sendiri 

Entah lah aku terlalu suka dan hanyut dengan kata2 dan ayat nya yang tersusun rapi penuh makna, malah aku baca dan baca berulang kali...... hihihi kadang2 aku beraksi seperti A Samad Said dan Lim Swee Tin...... berangan lah tu......tapi itu lah aku.......
Mungkin sajak ini tidak memberi apa2 makna pada insan lain, namun bagi penulis dan juga diri ku ini, ia memberi seribu satu makna dan seribu satu rahsia........Ah melalut-lalut pula aku di malam jumaat ini.......tapi itu lah aku......seorang insan hamba Allah yang berjiwa sentimental, sensitif dan penuh dengan kasih sayang.  Aku sayang pada semua dari hasil usaha manusia hingga lah pada ciptaan Tuhan semua nya aku sayang, cuma aku tak pandai untuk merealisasikan kasih sayang, aku hanya tahu memendam, melihat, memerhati dari jauh...........
Sebenar nya aku juga pencinta lagu, aku suka lagu sebab dalam lagu ada puisi, ada cerita yang sendiri, terutama lagu2 yang seangkatan dengan aku, ialah lagu2 lama dulu, yang berirama melayu, aku suka sangat..... aku bimbang lama2 nanti lagu2 ini akan terus hilang lenyap di telan zaman.

Dah jauh aku melalut, nanti terlepas pula tahajjud, aku perlu tidur supaya dapat aku bangun 2/3 malam nanti. Sebelum aku melabuhkan tirai skrin.......aku bahagia kini, assalamualaikum.     


Saturday 26 October 2013

Pau Inti Kelapa

Assalammualaikum,  rasa nya dah lama kak ruby tak kunjungi kayumaniskorner....... sejak balik dari Sarawak tempoh hari kesihatan kak ruby tidak berapa sihat, dua tiga kali jugak lah kak ruby keluar masuk hospital Putrajaya dan juga klinik......kiri kanan tangan kak ruby ni sudah berapa kali di benam dengan jarum suntikkan, tangan kiri di masukkan ubat dan tangan kanan pula di ambil darah, itu lah agak nya nasib pada orang yang umur nya sudah separuh abad seperti kak ruby ni, selalu saja sakit-sakit, tak pe lah kak ruby redha segala nya.   
Rasa rindu pula pada kayumaniskorner, petang tadi kak ruby kuatkan semangat untuk menguli tepung, rasa nak makan pau berinti kelapa........... alhamdulillah pau tak banyak meragam, jadi dengan elok, cuma kulit nya saja tak berapa licin tapi tetap gebu. Warna hijau tu,  saja kak ruby warnakan sebab ada sekali kak ruby makan pau hijau sewaktu balik ke Alor Star.  Cantik pula kak ruby nampak hihihi.


PAU INTI KELAPA

Bahan
500 gm tepung pau
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung

 

Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit.  Kukus selama 10 minit.  

Sunday 13 October 2013

Puding Roti Kukus Pandan

Assalammualaikum....resepi ni kak ruby ambil dari blog Rohah, Damai Qalbu, sedap sangat....kak ruby sudah biasa buat puding ni tapi lain sikit bahan2 nya, cara masak pun lain kak ruby bakar tapi yang ni kukus, panggilan nya pun lain, Rohah sebut bingka.....kak ruby pula yang sebut puding, mohon ampun ye Rohah hihihi......
  

PUDING ROTI KUKUS PANDAN

Bahan 8 -10 keping roti putih (tak perlu siat kecil)
200 ml santan
200 ml air 
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit pewarna hijau


Cara
Dalam mangkuk besar kacau bersama santan, telur, air, gula, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja,  masukkan kepingan roti dan rendamkan selama 10 minit.
Kemudian masukan roti yang direndam itu ke dalam loyang yang berukuran 8 inci  (sapu loyang dengan mentega terlebih dahulu).  Letakkan daun pandan yang telahdisimpul diatas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus puding selama 15 - 20 minit.  Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

 

Untuk Sos Kastard
Bahan
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar kastard

Cara
Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sederhana hingga pekat
Angkat dan sejukkan.  Boleh di hidangkan bersama puding roti pandan. 

Saturday 12 October 2013

Kuih Siput

Assalammualaikum dan selamat hari raya aidil adha, tentu ramai yang dah pulang ke kampung, kak ruby tak balik kampung malah terbang pergi lagi ada..............
hihihi  cuma ini yang sempat kak ruby buat untuk dibawa ke Kuching pagi esok, raya aidil adha tahun ni kak ruby beraya di Kuching, sebab nya satu je tak mahu anak kesayangan puteri kak ruby  tu beraya tampa keluarga di sana........pagi esok kak ruby terbang lah ke Sarawak dengan membawa kuih siput hihihi hehehe kelakar kan, tak pe lah di sana banyak kek lapis sarawak, yang pasti kak ruby dapat beraya bersama puteri kak ruby dah cukup seronok.


KUIH SIPUT
resepi dr : my resepi

Bahan
5 cawan tepung gandum
50 gm butter
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil udang kering - goreng, tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
sedikit daun kari - utk digoreng bersama kuih siput
santan atau air biasa - utk menguli


 
                     sebelum d goreng


Cara
Gaulkan semua bahan kecuali daun kari dan santan atau air.
Kemudian uli dengan santan atau air hingga menjadi doh, cubit sedikit adunan gentel bagi bulat dan tekan diatas papan kuih siput.  Semasa menggoreng masukkan daun kari. 

Thursday 10 October 2013

Lepat Pisang



LEPAT PISANG

Bahan
6 biji pisang
2 cawang tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan santan - bleh kurang klu adunan nampak cair
1/2 sudu teh garam
daun pisang yg sudah dibersih dan di layur secukupnya


 

Cara
Pisang dilecek bersama garam, gula hingga hancur dan sebati. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum kacau, masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati, jangan adunan terlalu cair.
Kemudian ambil 2 sudu besar adunan letakkan diatas daun pisang, lipat kiri kanan, ke dua2 hujung ke bawah. 

Kukus selama 20 minit atau hingga masak.   

Wednesday 9 October 2013

Lepat Ubi Kayu

Assalammualaikum dan jumpa lagi di kayumaniskorner, beberapa hari lepas rakan blog Rohah ada buat tepung bungkus nampak sedap sangat, kak ruby dah 3 kali buat tepung bungkus tapi tak pernah menjadi, sedih kak ruby, insyaAllah kak ruby tak patah semangat bila2 kak ruby akan cuba lagi......tapi bukan lah sekarang......untuk gantikan tepung bungkus tu kak ruby buat lepat ubi kayu, boleh lah tu sedap jugak kan....semalam hari selasa di Putrajaya ada pasar malam, jadi kak ruby pun pergi lah cari daun pisang dan ubi kayu, ada hihihi cantik daun pisang, ubi kayu pun cantik jugak, kak ruby pun apa lagi dengan semangat membeli......hari ni terhidang lah lepat ubi kayu kak ruby.


LEPAT UBI KAYU

Bahan
600 gm ubi kayu yg sudah disagat dan ditapis buang airnya
50 gm gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan 
1/2 sudu teh garam
daun pisang yg sudah dibersih dan dilayur secukupnya


 

Cara
Gaulkan semua bahan kecuali daun pisang hingga sebati.
Kemudian ambil 2 sudu makan letakkan keatas daun pisang lipat kiri kanan, ke dua hujungnya kebawah kemas2, buat lah hingga habis.  Masukkan kedalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Sunday 6 October 2013

Pulut Kuning Di Hari Lahir Suami Ku

Assalammualaikum...hari ini 7 Okt ada lah hari lahir suami kak ruby, hihihi suami tersayang.....tak de hadiah istimewa yang dapat kak ruby hadiahkan selain dari doa, kesetiaan dan kasih sayang.....untuk ceriakan sikit suasana hari bahagia ini kak ruby buatkan pulut kuning yang bentuk hati...............
Wahai suami ku, selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik....amin.    Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat diri ku ini, semoga kita akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa......insya Allah..... 
   

PULUT KUNING

Bahan
500 gm beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam

 

 Cara
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi).  Masukkan dalam bekas atau acuan pilihan.   

Friday 4 October 2013

Crepe Oreo

Assalammualaikum pada yang sudi singgah di kayumaniskorner.....kak ruby doakan semua nya sihat dalam menjalani kehidupan seharian......kak ruby sihat,  cuma batuk-batuk je sikit itu pun disebelah malam, tak tau lah kenapa di waktu malam je batuk2, mungkin malam sejuk kot, entah lah kak ruby tak tau......petang tadi tekak ni terasa nak makan makanan  yang berkerim, kak ruby teringat crepe durian tapi durian tak de,  biskut oreo ada........jadi, jadi lah crepe oreo petang tadi, setelah siap kak ruby simpan dalam peti ais sampai malam bagi betul2 sejuk.....bila makan aduuuuuh sedap nyer.
      

CREPE OREO

Bahan
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh gula halus
40 ml susu cair
150 gm air
pewarna pilihan

 

Cara
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk, sebatikan dengan whisk dan tapis.
Panaskan non-stick pan dan sapukan dengan sediit minyak,  ambil sesenduk kecil tuang kedalam pan amgkat dan layangkan supaya ia jadi bulat nipis, masak atas api yang kecil hingga kering angklat, tak perlu terbalikkan.  Buatlah proses ini hingga adunan habis.

Untuk inti
150 ml fresh cream - putar hingga kental.
Biskut oreo secukupnya

 Cara 
Letakkan fresh cream, letak biskut oreo dan letak lagi fresh cream. lipat kiri kekanan dan atas bawah.


Kuih roti



KUIH ROTI

Bahan
1 bungkus roti saiz sederhana - 400 gm
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1/2 cawan kismis
sedikit hirisan badam 
1 sudu teh esen vanila


 

Cara
Roti di potong kecil-kecil dan rendam bersama susu cair ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga sebati,  masukkan telur pukul lagi hingga kembang, masukkan esen vanila, kemudian tuangkan kedalam roti yang direndam tadi, masukkan juga kismis kacau sebati.


Masukkan kedalam loyang dan taburkan diatasnya hirisan badam.   Bakar selama 45 minit dengan suhu 160 c.


Tuesday 1 October 2013

Apam Eno lagi

Assalammualaikum, untuk minum petang semalam kak ruby buat kuih ringkas je, apam eno......apam ni memang sedap tak jemu kak ruby makan, letak pula kelapa parut aduh sedap nyer.......


APAM ENO

Bahan
300 gm tepung beras
300 ml air
150 gm gula pasir
1 sudu mkn yis - mauripan
1 pck eno - biru
pewarna pilihan sendiri
kelapa parut + sedikit garam


 

Cara
Masukkan tepung beras, yis, gula pasir dan air kedalam blender, blender sampai sebati.  Kemudian tuang kedalam bekas dan perap selama 30 minit.  Setelah 30 minit masukkan eno kedalam adunan dan gaul sebati, Bahagi kan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Masukan kedalam acuan pilihan sendiri. 
Masukkan kedalam periuk kukusan yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 15 - 20 minit.