Nuffnang Ad

Tuesday 30 December 2014

Apam Nasi

Assalammualaikum, apam nasi ni memang sedap, terima kasih My Kuali....hihihi warna merah kak ruby tu terlebih sikit....mungkin masa buat apam ni mood kak ruby kurang elok kot.


APAM NASI

Bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya




Cara
Blend nasi dengan air sehingga hancur, masukkan gula kedlmnya blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 3 jam.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian, dan warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.
Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Saturday 27 December 2014

Emping

Assalammualaikum,  Maaf kan kak ruby ye, satu Malaysia tengah bersedih dengan bencana alam yang sedang berlaku, kak ruby pula sibuk2 dengan makanan......bukannya kak ruby tak simpati, malah kak ruby menangis bila membaca '400 mangsa banjir kehabisan makanan sejak 3 hari lalu' dalam Harian Metro semalam, kak ruby doa dan terus berdoa semoga Allah permudahkan segala nya....
Dalam musin hujan macam ni, sejuk sana sini sedap rasa nya kalau kita mengunyah......hihihi untuk resepi kudap-kudapan kali ini kak ruby sediakan 'emping' mungkin setengah2 orang tak tau kot apa itu emping tapi bagi orang utara terutama Negeri Kedah memang faham sangat lah tentang emping ni.  Okey lah kak ruby cerita sedikit tentang emping, itu pun sekadar yang kak ruby tau je ye.....Emping diperbuat daripada padi pulut yang masih muda selalu nya orang2 utara makan emping pada musim mereka menuai padi, sebab masa menuai padi petani2 akan ambil padi2 muda untuk mengemping, padi muda digoreng sekejap tanpa minyak kemudian ditumbuk dengan menggunakan lesung padi kayu (lesung ini pula ada 2 jenis, satu ditumbuk dengan lesung tangan dan satu lagi ditumbuk dengan lesung kaki) sehingga menjadi bentuk leper. Selepas itu diasingkan kulit padi dari isinya, isi itulah dipanggil emping, cara untuk asingkan nya itu disebut menampi dengan menggunakan nyiru.

Sebenarnya sebagai seorang anak pesawah di negeri Kedah kak ruby juga tidak lari dari kenangan2 di sawah padi.....menuai padi, mengemping dan sebagainya, banyak meninggalkan kenangan manis buat diri kak ruby walaupun waktu itu usia kak ruby baru 6 hingga 8 tahun.

Cara untuk makan emping pula.....senang sangat, cuma campurkan kelapa putih, kalau boleh yang muda, gula dan sedikit garam kemudian gaul hingga sebati, itu kalau nak makan krup krup krup, kalau nak makan bagi lembut, masukkan sedikit air suam gaul sebati gaul bersama kelapa, gula dan garam. sedaaaaaap.  



                                                     emping yg belum dicmpur apa2




Monday 22 December 2014

Pau Serat

Assalammualaikum, kak ruby nak tanya sapa biasa makan pau serat?........kak ruby baru 3 kali makan, itu pun secara kebetulan je, masa kak ruby nak balik ke utara kampung halaman kak ruby, kak ruby sekeluarga singgah di R&R gurun, kak ruby nampak ada gerai jual pau serat, kak ruby tertanya-tanya sedap ke pau ni,  tak tau pula ada pau serat.....kak ruby beli ingin mencuba......bila makan aduh sedap nya lembut, lebih2 lagi sang suami asik memuji-muji je pau serat ni.......
Bila balik KL apa lagi kak ruby mula lah cari sana sini tepung gandum serat, susah betul nak jumpa....
Hari sabtu lepas kak ruby p yammy Bangi, alhamdulillah ada tp tak banyak cuma 3 bungkus je, kak ruby beli satu bungkus 500g........susah nya nak dapat tepung serat sama lah susah nak dapat resepi nya, kak ruby cari merata dalam blog pun tak ada,  kak ruby buat lah resepi sendiri......ya lah first time buat tak pandai lagi, tapi alhamdulillah menjadi dengan baik cantik naik nya....kak ruby guna semua tepung serat dan campur sedikit je tepung gandum, jadi nampak banyak sangat seratnya kan......
Pada sapa2 yang ingin mencuba, caba campurkan tepung serat dengan tepung gandum biar sama banyak contoh 1 cwn tepung serat 1 cwn tepung gandum, mesti sedap lagi kan........hihihi sebenarnya tepung serat ni memang baik untuk kesihatan.

 
PAU SERAT

Bahan
500gm tepung gandum (whole meal flour)
1/2 cwn tepung gandum
120gm gula halus
11gm yis segera
50gm lemak sayuran (shortening)
230ml air
1 sudu teh baking powder atau double action)





Cara
Dalam bekas satukan yis segara dengan sedikit air suam, biarkan sehingga berbuih.
Dalam mangkuk besar campurkan semua bahan kecuali shortening, campurkan juga yis segera yang sudah berbuih tadi.  Uli sampai menjadi doh yang lembut, masukkan shortening dan uli lagi sehingga menjadi lembut dan permukaannya licin.
Kemudian bulat-bulatkan, setiap satu dlm 50gm, isikan inti apa apa yang disukai (kak ruby buatkan inti ayam) alaskan dibawahnya dgn kertas atau daun pisang dan perapkan lagi selama 15 - 20 minit.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Boleh dihidangkan lagi sedap makan masa masih lagi panas2.


Saturday 20 December 2014

Apam Susu



APAM SUSU

Bahan
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir - bleh kurangkan
4 susu besar susu pekat manis
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil vanila

















Cara
Blender telur, gula, susu pekat manis dan ovalette hingga betul2 kembang.
Pastu ayak tepung gandum dalam mangkuk, kemudian campurkan adunan yang sudah siap diblender tadi bersama esen vanila, Gaul adunan hingga sebati semuanya.
Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan. sendiri, Tuang adunan secara berselang seli mengikut kreativiti sendiri.
Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu, bila dah mendidih, boleh dikukus selama 30 minit atau sehingga masak, sejuk dahulu baru dipotong.

Friday 19 December 2014

Goreng Pisang Cheese

Assalammualaikum, petang ni kak ruby makan goreng pisang cheese......sapa yang pernah mencuba tahu lah kesedapannya.....


GORENG PISANG CHEESE

Bahan
1 biji pisang tanduk
5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar butter
secubit garam dan kunyit
sedikit air
minyak secukupnya utk mengoreng

Bahan topping
Keju chedder secukupnya - diparut
1 sudu mkn susu pekat manis
1 sudu mkn butter

















Cara
Potong pisang ikut cara sendiri, ketepikan
Satukan tepung beras, tepung gandum, kunyit, air, telur dan garam kacau sebati,  masukkan butter kacau sebati kan lagi.  Kemudian masukkan pisang dan goreng macam goreng pisang biasa, angkat dan toskan minyak nya.
Dalam kuali lain panas dan cairkan butter, bila butter cair tutup api, masukkan susu pekat manis dan jugak sedikit keju kacau sebatikan.  Masukkan pisang goreng tadi, gaul rata.
Angkat pisang masukkan kedalam pinggan dan taburkan cheese yg sudah diparut diatasnya.
Makan panas2 memang sedap.

Friday 12 December 2014

Cucur Kembung Manis

Assalammualaikum, sunami cucur kembung dah habis, baru kak ruby mencuba, sekarang tahu lah kak ruby kenapa dalam fb dan blog semua nya tayang bulat2 dan kembung2, rupa2 nya memang sedap ranggup diluar lembut didalam......memang sedap, tak tau sapa punya resepi asal nya......apa2 pun terima kasih banyak2 hihihi.

CUCUR KEMBUNG MANIS

Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam



Cara
Satukan tepung gandum, susu pekat manis dam garam, masukkan air panas dan kacau dengan senduk hingga menjadi doh yang pekat.  Biarkan sejuk sekejap.
Panaskan minyak, pastikan minyak betul2 panas dengan api yang sederhana.  Ambil sedikit adunan bulat2kan dan masukkan kedalam kuali, bila agak kuning sedikit kacau selalu supaya masak sekata dan menjadi bulat. Bila kuning keemasan angkat.

Wednesday 10 December 2014

Kek Lapis Keju Coklat

Assalammualaikum, rasa nya dah berkurun lama kak ruby  simpan resepi ni, ialah sejak bekelana di negeri burung kenyalang tu.......nampak di blogger2 lain semua dah ada gambar ni...kak ruby baru petang hari ni terlaksana, aduh makan berkeping2 memang sedap.  Terima kasih dayangjack.


KEK LAPIS KEJU COKLAT
resepi asal Dayang Jack
loyang 7x7x3 atau 8x8x3 pun boleh

Bahan A
7 biji telur gred A
250 g tepung hongkong
180 g gula halus
1 sudu mkn ovalette
1 sudu teh esen vanila
75 ml air ais


Bahan B
250g mentega (suhu bilik)
140g cream cheese (suhu bilik)
7 sudu mkn susu pekat manis

Bahan C
50g serbuk koko - diayak
3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna coklat dan coklat emulco

















Cara
Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
Dalam mangkuk pengadun berasingan pukul bahan B hingga berkrim.
Kemudian satukan bahan A dan bahan B, putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong, satu bahagian lagi disatukan dengan bahan C, putar sebati.
Bakar/grill lapis demi lapis, mulakan dgn lapisan coklat, ratakan dan bakar lebih kurang dlm 5 minit dgn suhu 180c, api atas bawah. Untuk lapisan kedua warna asal sama cara dengan lapisan coklat cuma guna api atas sahaja.  Ulangi proses bakar ni hingga adunan habis.
Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday 9 December 2014

Pengat Nangka + Candil



PENGAT NANGKA + CANDIL

Bahan
6 ulas nangka - digunting kecil2
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 cawan air + sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam

Cara
Campurkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kedalam mangkuk (air masukkan secara sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit tepung dan bulat2kan menjadi bujur seperti biji nangka, susun dalam dulang. ketepikan.
Didihkan air secukupnya, dan masukkan candil td masak hingga mendidih dan timbul, angkat.

















Utk kuah
1 cawan santan pekat
3 - 4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 sudu mkn gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
3 sudu mkn sagu - rendam sekejap dan bersihkan

Cara
Dalam periuk lain, masukkan air, santan pekat, nangka, gula pasir, gula merah, daun pandan dan secubit garam.  Masak hingga mendidih masukkan candil dan sagu, kacau sentiasa hingga mendidih lagi, agak2 sagu sudah jernih tutup api.

Friday 5 December 2014

Kek Pandan Nestum

Assalammualaikum,  Entah kenapa jumpa je resepi kek pandan semalam, hari ni terus buat selalu nya berbulan-bulan baru kak ruby mencuba, mungkin bila tengok bahan2 nya ringkas dan cara membuat nya pun senang sangat.....memang senang hihihi rasa nya pun sedap........ maaf banyak2 ye resepi asal guna gelas tapi kak ruby tukar guna cawan, sebab guna gelas tak pandai kak ruby nak agak, kalau cawan ada tanda tulis 1, 1 1/2, 2 dan seterus nya. resepi asal pun kak ruby tak tau sapa punya.....sekali lagi maaf ye tuan punya resepi.


KEK PANDAN NESTUM

Bahan
1 cawan gula yg telah dikisar
1 cawan nestum
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonet
2 sudu mkn esen pandan

















Cara
Sediakan gula yang telah dikisar kedalam mangkuk.
Minyak dan telaur dipukul hingga kembang, kemudian masukkan kedalam mangkuk gula tadi.  gaul hingga sebati guna spatula je.
Masukkan nestum, tepung gandum dan soda bikarbonet, gaul rata dan griskan loyang dengan sedikit minyak masak dan dialas kertas minyak.
Bakar dalam suhu 170c selama 45 minit atau hingga masak.


Tuesday 25 November 2014

Talam Jagung Segar



TALAM JAGUNG SEGAR

Bahan untuk bawah
2 tongkol jagung - dihiris nipis
80 gm tepung beras
1 sudu mkn tepung jagung
125 ml santan pekat
225 ml air
80 gm gula
1/2 sudu kecil garam


Cara
Jagung yang dihiris nipis tadi, kukus selama 15 minit supaya ia masak dan lembut.
Bancuh semua bahan kecuali jagung, tapis dan kacau diatas api hingga naik wap, masukkan jagung kacau rata, tutup api.  Tuang kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Kukus selama 20 minit.

Bahan untuk atas
80 gm tepung gandum
125 ml santan
225 ml air
80 gm gula
1 biji telur
sedikit garam dan pewarna

















Cara
Bancuh semua bahan, tapis kedlm periuk dan kacau atas api hingga naik wap.
Tuang keatas lapisan bawah tadi.  Kukus selama 30 minit atau hingga masak


Thursday 20 November 2014

Puding Sagu Gula Melaka



PUDING SAGU GULA MELAKA

Bahan
1 cawan sagu
1 liter air
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit pewarna hijau

Cara
Sagu dicuci bersih dan direndam sekejap, toskan.
Didihkan air bersama daun pandan dan juga pewarna hijau, masukkkan sagu kacau hingga sagu jadi jernih, tutup api.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir, utk buang kanjinya.
Masukkan kedalam acuan atau loyang, sejukkan dalam peti ais.


Utk sirap gula melaka                                                                                                                                                       
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat, tapiskan.
Utk kuah santan
1 cawan santan + sedikit garam atau
guna susu cair pun boleh.

Tuesday 18 November 2014

Puff Sardin lagi

Assalammualaikum, dah lama kak ruby tak buat puff, petang ni rajin pula.........sedap pula ye makan dengan teh panas ni, lebih lebih lagi waktu sekarang ni, hujan setiap petang, tak sedar sudah habis 4 biji puff sardin kak ruby makan.....hihihi sedap nyer.......


SARDIN PUFF

Bahan
1 peket puff pastry - kak ruby guna jenama Kawan

untuk inti
1 tin sardin saiz sederhana
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji cili merah - dipotong halus
3 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam secukupnya
1 biji kuning telur - utk sapu diatas puff

















Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan sardin yang telah dihancurkan terlebih dahulu masukkan garam dan cili merah (masukkan sedikit air jika perlu) kacau sampai agak sedikit kering  masukkan jus limau kacau sebatikan tutup api.
Ambil satu lapis puff pastry, potong ikut bentuk pilihan sendiri (4 segi, 3 segi, panjang, bulat atau apa2 bentuk yang disukai) masukkan inti sardin, tutup, tekan dengan garfu disetiap hujung puff supaya inti tidak terkelur bila dibakar.
Kemudian sapu dengan kuning telur diatas permukaannya.
Bakar dengan suhu 180c selama 20 - 25 minit atau hingga masak.


Thursday 6 November 2014

Bingka Pisang


   BINGKA PISANG

Bahan
10 biji pisang montel
1 cawan tepung gandum *
1/2 cawan tepung beras *
1 cawan santan *
1 cawan susu cair *
1/2 cawan gula pasir *
1 biji telur *
2 sudu besar butter - dicairkan
secubit garam *
bijan secukupnya

















Cara
Pisang dilenyek halus, diketepikan
Blender semua bahan yang bertanda *, kemudian tuang kedalam mangkuk pisang yg telah dilenyek, masukkan butter, gaul sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit butter.
Bakar pada suhu 180c selama 1 jam.
Sejukkan baru dipotong.


Wednesday 5 November 2014

Nasi Dagang lagi

Assalammualaikum, hari ini makan nasi dagang lagi, kak ruby memang suka nasi dagang,  tak tau lah pula nasi dagang negeri mana yang kak ruby buat ni, sama ada Trengganu atau Kelantan,  kak ruby tau buat dan makan je.....kali ni kak ruby masak nasi dagang dengan kari ayam bukan ikan tongkol, tetap sedap.......


NASI DAGANG

Bahan
3 cawan beras nasi dagang - direndam semalaman
1 biji kelapa - perah ambil santan pekat
3 ulas bawang  merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dimayang halus
1 helai daun pandan - disimpul
1sudu teh halba
1/2 sudu teh garam



Cara
Cuci dan rendam beras semalaman.  Panaskan kukusan dan kukus beras hingga masak, angkat dan gaulkan dengan santan yg sudah dicampurkan dengan sedikit garam, masukkan dan gaulkan juga bawang merah, bawang putih, halia dan halba gaul sebati semuaya.
Masukkan semula kedalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 - 15 minit..
Angkat dan hidangkan bersama kari ikan tongkol, acar timun dan sambil kelapa.

Tuesday 4 November 2014

Agar2 Soya

Assalammualaikum, hari ni di KL di kawasan rumah kak ruby tak hujan,  hihihi kain baju dijemuran semua kering dengan elok.......kak ruby pun jalan2 lah p beli air soya kat gerai berdekatan dengan rumah kak ruby, dalam hati nak p beli air soya yang tawar , nak buat Puding Soya Gula Melaka ikut resepi dalam blog Rohah.....sampai di gerai tu jumpa kawan, apa lagi borak punya borak sampai lupa nak beli air soya yang tawar, terus beli air soya manis ialah yang dah siap bubuh air gula tu, sampai di rumah baru teringat tersalah beli air soya........Maka terjadilah agar-agar air soya.......tak perlu lah buat air gula melaka lagi sebab agar2 sudah manis.........apa2 pun terima kasih Rohah atas resepi yang sedap ni, kak ruby sejukkan dalam peti ais, lagi sedap.

AGAR AGAR SOYA

Bahan
10 gm agar2 tali
900 ml air soya tawar
1/2 sudu teh garam halus

Cara
Masak agar2 bersama air soya dan garam hingga hancur.
Setelah agar2 hancur, matikan api dan tapiskan agar2.
Masukkan agar2 dalam acuan atau bekas yang sesuai, sejukkan.

















Bahan air gula
1 1/2 cawan air
1 batang gula melaka (saiz sederhana)
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara
Didihkan gula melaka dan gula pasir bersama air dalam periuk sehingga larut masukkan juga daun pandan.  Matikan api setelah menggelegak dan gula telah hancur.  Sejukkan dan hidang bersama puding soya.

Friday 31 October 2014

Masak Lemak Nenas Dengan Tulang Ikan Tenggiri



MASAL LEMAK NENAS DENGAN TULANG IKAN TENGGIRI

Bahan
1 biji nenas - hiris nipis
200 gm tulang & isi ikan tenggiri
1 kotok santan
1 keping asam gelugor
garam secukupnya

Bahan kisar
8 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup atau
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Cara
Cuci bersih tulang ikan tengiri dan rendam dalam 30 minit.
Masukkan semua bahan kisar dalam periuk, masukkan santan masak hingga mendidih, masukkan nenas, tulang ikan tengiri dan juga isi nya, asam gelugor dan garam.
Masak hingga mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu.  Bila sudah masak semuanya rasa masinnya. tutup api.