Nuffnang Ad
Tuesday, 9 December 2014
Pengat Nangka + Candil
PENGAT NANGKA + CANDIL
Bahan
6 ulas nangka - digunting kecil2
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 cawan air + sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
Cara
Campurkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kedalam mangkuk (air masukkan secara sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit tepung dan bulat2kan menjadi bujur seperti biji nangka, susun dalam dulang. ketepikan.
Didihkan air secukupnya, dan masukkan candil td masak hingga mendidih dan timbul, angkat.
Utk kuah
1 cawan santan pekat
3 - 4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 sudu mkn gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
3 sudu mkn sagu - rendam sekejap dan bersihkan
Cara
Dalam periuk lain, masukkan air, santan pekat, nangka, gula pasir, gula merah, daun pandan dan secubit garam. Masak hingga mendidih masukkan candil dan sagu, kacau sentiasa hingga mendidih lagi, agak2 sagu sudah jernih tutup api.
Labels:
bubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment