Dalam musin hujan macam ni, sejuk sana sini sedap rasa nya kalau kita mengunyah......hihihi untuk resepi kudap-kudapan kali ini kak ruby sediakan 'emping' mungkin setengah2 orang tak tau kot apa itu emping tapi bagi orang utara terutama Negeri Kedah memang faham sangat lah tentang emping ni. Okey lah kak ruby cerita sedikit tentang emping, itu pun sekadar yang kak ruby tau je ye.....Emping diperbuat daripada padi pulut yang masih muda selalu nya orang2 utara makan emping pada musim mereka menuai padi, sebab masa menuai padi petani2 akan ambil padi2 muda untuk mengemping, padi muda digoreng sekejap tanpa minyak kemudian ditumbuk dengan menggunakan lesung padi kayu (lesung ini pula ada 2 jenis, satu ditumbuk dengan lesung tangan dan satu lagi ditumbuk dengan lesung kaki) sehingga menjadi bentuk leper. Selepas itu diasingkan kulit padi dari isinya, isi itulah dipanggil emping, cara untuk asingkan nya itu disebut menampi dengan menggunakan nyiru.
Sebenarnya sebagai seorang anak pesawah di negeri Kedah kak ruby juga tidak lari dari kenangan2 di sawah padi.....menuai padi, mengemping dan sebagainya, banyak meninggalkan kenangan manis buat diri kak ruby walaupun waktu itu usia kak ruby baru 6 hingga 8 tahun.
Cara untuk makan emping pula.....senang sangat, cuma campurkan kelapa putih, kalau boleh yang muda, gula dan sedikit garam kemudian gaul hingga sebati, itu kalau nak makan krup krup krup, kalau nak makan bagi lembut, masukkan sedikit air suam gaul sebati gaul bersama kelapa, gula dan garam. sedaaaaaap.
emping yg belum dicmpur apa2
No comments:
Post a Comment