Nuffnang Ad

Wednesday 29 February 2012

Kurma Daging


Dari kecil lagi kak ruby tidak punya ibu, untuk mengajar kak ruby masak....kak ruby hanya belajar sendiri, tengok sana tengok sini, baca buku masakan, dan cuba sendiri....ini adalah salah satu masakan yang menggunakan cara dan resepi kak ruby sendiri..dan banyak lagi masakan tau, yang kak ruby belajar sendiri-sendiri je.


KURMA  DAGING KAK RUBY

Bahan :
1 kilo daging
3 cawan santan
3 biji kentang (potong 4 setiap 1 biji)
1 bungkus rempah kurma
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk tumis

Untuk Bahan  tumis
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
(2 bahan ini ditumbuk hancur)
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
3 biji buah palaga



Bahan Tambahan
2 biji bawang besar (dibelah empat tp tak putus)
3 biji cili merah (dibelah empat tp tak putus)
3 biji cili hijau (dibelah empat tp tak putus)

Cara :
Daging dipotong besar, kemudian perap bersama rempah kurma selama 15 hingga 20 minit, ketepikan.

Panaskan minyak,  tumis bahan tumis tadi kacau kacau hingga naik bau wangi, masukkan daging yang diperap, masaklah hingga air daging kering dan nampak berminyak (pecah minyak).

Masukkan santan, garam kacau sebati biarkan mendidih lebih kurang 10 – 15 minit atau hingga daging empuk. Masukkan kentang masak lagi hingga kentang empuk, masukkan bahan tambahan iaitu bawang besar, cili merah, dan cili hijau.


.
Biarkan mendidih sekejap selama 5 minit. Rasa masin nya, dah ok tutup api.

Nama Yang Begitu Klasik

Lompat tikam....kak ruby pun terfikir juga macam mana ye kisahnya,  kuih ini diberi nama, mungkin hanya orang-orang di sebelah pandai timur semenanjung saja yang tahu, sebab kuih ini memang asalnya dari Kelantan dan Trengganu.....tapi kak ruby suka, suka sangat, terutama bila makan sewaktu ia baru keluar dari peti ais, sejuk...aduh!!!!! sedapnya.





LOMPAT  TIKAM

Bahan :

Bahan Bawah
1 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
1 sudu kecil air kapur makan
Sedikit pewarna hijau

Bahan Atas
½ cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa


Cara :

Satukan semua bahan bawah dan masak sehingga mendidih, kacau selalu hingga jadi pekat serta tidak melekat pada sudip.  Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas pilihan sendiri. Biarkan selama 15 minit.
Dalam masa yang sama, didihkan pula bahan atas.  Lakukan sama seperti bahan bawah tadi, iaitu kacau selalu hingga jadi pekat.  Kemudian masukkan dan letakkan diatas adunan yang hijau tadi.
Sejukkan dalam peti ais, selepas itu hidang bersama air gula merah.
  

Nama Sama....Laksa...Tapi Berlainan Rasa

Kebanyakkan negeri ada laksa nya tersendiri....di Utara terkenal dengan laksa Penang nya, di Selatan pula dengan laksa Johor, begitu juga dengan negeri di sebelah Pantai Timur Semenanjung dengan laksa Kelantan nya....Negeri Sarawak juga tidak mahu ketinggalan, dengan laksa Sarawak nya...Alhamdulillah, kak ruby sudah menikmati semua laksa-laksa itu.....memang berbeza sangat diantara laksa-laksa itu semua. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri, bagi diri kak ruby semua laksa sedap, kak ruby suka kesemuanya.



Laksa Sarawak
       
 Bahan :
  • 200 gm pes atau perencah laksa  “Hj. Manan”
  • 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus)
  • 500 gm  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 250 ml santan pekat
  • 200 gm taugeh (dicelur)
  • Beberapa helai daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
  • Garam dan gula secukupnya
Cara:

1.  Setelah udang dicuci bersih direbus bersama 2 batang serai, dengan 2 liter air selama 20 minit. Selepas itu keluarkan udang dan kupas kulit udang ketepikan.
2.     Dalam air udang tadi masukkan perencah laksa dan kacau, gunakan api sederhana saja, Apabila mendidih masukkan pati santan dan garam secukupnya.  Bila dah sebati dan masak, tutup api.




Cara Hidang :

Masukkan mihun yang sudah dicelur tadi ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan  udang. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi.
Hidangkan panas-panas. Selalunya laksa Sarawak ini juga di hidang bersama sambal belacan.

Tuesday 28 February 2012

Lebihan Labu.......

Sebenarnya dalam peti ais kak ruby dah 2 hari baki labu tersimpan, tak tahu nak masak apa, nak buang sayang sangat, bukan buruk atau basi pun boleh digunakan lagi.....lantas kak ruby ke meja computer, buka dan mencari-cari di blog sesiapa yang ada resepi menggunakan labu, kak ruby terjumpa di jintanmanis.com....cantik gambar dia dan resepi dia pun mudah,  terus kak ruby salin dan ke dapur untuk mencubanya....menjadi lembut dan sedap, terima kasih jintanmanis,....maaf, kak ruby dah tukar bentuk dan warna dengan cara kak ruby.



APAM LABU MANIS
resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya :
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan susu santan@ susu segar
beberapa titik esen vanila



Cara-caranya :
 
1. Rebus atau kukus labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.

2. Selepas itu masukkan labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam labu tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )


Tidak Semudah Yang Di sangka

Dimana-mana pun kita semua senang untuk mendapatkan roti, dibandar, dikampung, disupermarket hinggalah ke kedai mamak ditepi-tepi jalan,  di dalam berbagai-bagai bentuk yang simple....dan resepi nya pun mudah, tidak memerlukan bahan yang banyak..... Tapi untuk mendapatkan roti lembut, gebu dan cantik, tidak semudah resepi nya dan juga tidak se simple rupanya.....Kenapa kak ruby kata begitu, kerana ini adalah percubaan yang ketiga buat kak ruby,  barulah dapat roti selembut ini.  Dah banyak resepi kak ruby cuba, semuanya tak menjadi, tapi untuk kali yang ketiga, ini lah hasil dia lembut dan gebu sangat.....Terima kasih pada tuan punya resepi, Yang silapnya kak ruby dah lupa siapa tuan punya resepi ini,  ialah terlampau banyak resepi yang kak ruby cuba. Sekali lagi terima kasih pada tuan yang empunya resepi.    

ROTI

Bahan :
500g tepung high protein / tepung gandum / tepung roti
- 1biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1sdb susu tepung
- 2sdb susu pekat
- 2sdb marjerin
- 1sdb shortening
- 1peket mauripan (11g)









Cara membuat :
Adunan A

Campurkan yis dengan sedikit air suam (agak2 tenggelam yis), biar sampai berbuih, kalau tidak berbuih jangan guna, ganti yis baru.
Campurkan susu pekat + telur + tambah air + gula.......jadikan 300ml semua sekali.

  Dalam mangkuk, masukkan tepung, bersama adunan A, gaul sebati,
  masukkan marjerin dan shortening, gaul sebati dan uli,
  teruskan uli hingga adunan lembut, licin (lebih kurang 20 minit)
  kalau adunan masih melekat tambahkan tepung sedikit.
  perap hingga naik sekali ganda, dalam ½ jam....tumbuk untuk keluarkan angin...bulatkan kecik2, susun dalam loyang, perap lagi sejam.
  Bakar dalam oven 180 selama 20 minit atau hingga masak.


 

Saturday 25 February 2012

Disebalik Kisah Biskut Marie

Disebalik Kisah Biskut Marie


Kisah ini benar benar belaku  pada diri kak ruby, sebelum kak ruby resign….dulu kak ruby bekerja di salah sebuah bank yang agak terkemuka juga di Malaysia ni..biasa lah waktu rehat tenghari, kak ruby  bersama kawan kawan keluar pergi kekedai biskut, masing masing mencari dan membeli biskut kesukaan. Kawan-kawan kak ruby semua pilih biskut yang berjenama, oleh kerana biskut yang branded tu mahal, masing-masing beli 100 gm saje….
Berlainan dengan diri kak ruby yang hanya membeli biskut marie yang murah harga, apa tah lagi kak ruby beli sampai 1 kilo…..masing-masing tersenyum sinis….kak ruby diam pura-pura tak Nampak. Yang menjadikan kak ruby terlalu sedih…salah seorang dari kawan kak ruby tu berkata pada kak ruby “ruby you beli biskut marie?....you bagi anak you makan biskut macam ni!!!”…kak ruby tak kata apa-apa diam seribu bahasa, dalam hati nangis juga…..
Besoknya pagi-pagi lagi kak ruby dah sampai ke tempat kerja, dan terus pergi ke tempat kawan kak ruby yang menghina kak ruby semalam dan meletakkan satu bekas yang berisi makanan, kak ruby tinggalkan sahaja diatas mejanya….
Bila kawan kak ruby tu sampai kemejanya, dia buka dan makan makanan yang kak ruby tinggalkan itu.....terus dia datang mendapatkan kak ruby, dengan perasaan yang penuh rasa ingin tahu,….dia berkata “ruby ni kek apa?...you guna tepung apa? Lembut lah, sedap lah kek ni”….kak ruby terus menjawab…”tepung kek tu ialah biskut marie yang you hina semalam…”I beli biskut tu semata-mata untuk buat kek”..…apa yang terjadi seterusnya tak perlulah kak ruby cerita…apa-apa pun dia kawan kak ruby dan masih lagi kak ruby sayang pada dia….Cuma kak ruby tak boleh tengok biskut marie, terus kenangan itu akan datang kembali……itu lah kisah kak ruby disebalik biskut marie.       
    

 
 KEK ASAM MANIS

Bahan:

5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut marie yang telah d kisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat (boleh dikurangkan)
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna merah dan hijau



Cara :

1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula di putar sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5. Masukkan biskut marie kisar dan esen vanilla. kacau hingga adunan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian lagi warna hijau.
7. Ambil 2 senduk adunan warna merah masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit butter, ratakan kemudian susun asam manis haw flakes hingga menutupi adunan merah tadi, kukus lah selama 5 minit. keluarkan dari pengukus dan masukkan pula 2 senduk adunan hijau, ratakan, susun lagi asam manis....buatlah proses seperti tadi hingga adunan habis.
8. Lapisan terakhir tak perlu letak asam manis lagi.
 9. Untuk lapisn yang terakhir kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak.



Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Laksa Johor Selera Kak Ruby

xx



LAKSA  JOHOR
Bahan :
1 bungkus spagheti

Bahan untuk kuah
1 kilo ikan kembung – direbus dibuang tulang dan diblender halus
1 mangkuk kecil cili blender
1 bungkus rempah kari ikan
1 ½ kotak  santan
10 keping asam keeping
Sedikit minyak utk tumis
Garam secukupnya

Bahan kisar utk tumis
15 ulas bawang merah atau 2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia dan 1 inci lengkuas

Bahan bahan Ulam
Kacang panjang – dihiris halus
Bunga kantan – dihiris halus
Taugeh, Timun
Cili, Limau kasturi



Cara Membuat Kuah

Campurkan bahan kisar dengan rempah kari ikan gaul rata.
Panaskan minyak dan tumis cili blender hingga pecah minyak, masukkan bahan kisar bersama rempah tadi, masak lagi hingga sebati dan pecah minyak.
Masukkan santan, ikan, asam keping dan garam, masak hingga mendidih, pekat dan pecah minyak.
Rasa masin manisnya…..hidangkan laksa bersama dengan ulam ulamnya.
Selamat Mencuba……

Friday 24 February 2012

Ombak Kasih.....

xx




KEK OMBAK KASIH (resepi asal jun ahmad)

Bahan:
5 biji telur (yg sejuk dr peti ais)
1 cwn gula halus (bleh kurang & boleh tmbh)
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovalette
½ sk garam
1 sk esen vanila
¾ cwn susu sejat (150 gm)
10 sb mentega cair (100 gm)
Pewarna ikut suka
Serbuk koko @ milo secukupnya (bleh cmpur kedua2 skali)

Cara2:
Loyang di alas kertas dan digris sekeliling. 
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna, pukul hingga kembang,
masukkan mentega cair dan kaup balikkan adunan hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 atau beberapa bahagian yang disukai & warnakan.
Masukkan dan ratakan adunan warna oren di dalam loyang...ayak serbuk koko di atasnya,

Tindihkan adunan warna hijau ke atas lapisan koko dengan kemas, bagi
memudahkan, gunakan sudu makan dan tompok tompokkan adunan hingga rata
menutupi lapisan serbuk koko...ayak lagi serbuk koko rata2.

Akhir sekali masukkan pula adunan warna kuning, ratakan.
Bakar pada suhu 150 selama 45 minit atau hingga masak, api atas bawah.

biarkan kek betul2 sejuk dan bolehlah dipotong..


Ikut Selera Sendiri.........

Kalau remaja sekarang asyik minum jus jus blended, mangga blended, honey dew blended dan berbagai jus blended lah.....kak ruby tertarik dengan satu resepi kawan di fb, cake carrot blended. Tapi kak ruby sesuaikan dengan selera sendiri......muffin carrot blended.



MUFFIN CARROT BLENDED
Bahan :
1 batang carrot merah, hiris kecil2
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
4 biji telur
(Semua bahan diatas di blender hingga halus, pastikan carrot benar2 halus)



3 cawan tepung gandum  +  1 susu kecil baking powder
1 sudu kecil krim of tartar
(2 bahan diatas diayak bersama)
1 sudu kecil esen vanilla




Cara :
Bahan2 yang di blender,   dicampur dengan tepung yang telah diayak tadi, kacau hingga sebati.
Masukkan dalam muffin paper cup,  ¾ penuh.
Bakar pada suhu 150 selama 20 minit, api atas bawah.
  

Thursday 23 February 2012

Dulu Bulat.....Sekarang Bunga Ros

Kalau zaman nenek nenek kita dulu nak makan kuih pau....dah terbayang rupa pau yang bulat, bewarna putih berintikan kelapa beralaskan daun pisang. Rupa bentuk nya masih lagi begitu hingga lah baru baru ini kuih pau menjadi terlalu famous dalam blog blog dan juga fb, kak ruby juga tidak ketinggalan untuk memcuba bentuk baru ini.......Ini lah hasil kerja tangan kak ruby, beberapa kuntum pau ros.
 







Bahan :



250 gm keledek manis warna kuning - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Cara :
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus. masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. (kak ruby bagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warnakan dengan warna oren, dan 1 bahagian lagi warna asal) 
Tutup doh dengan towel dan simpan .... sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.utk buat pau rose buat bulat-bulat kecil je,sebab apabila digulung dan dikukus,paunye akan mengembang.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit

Penyejuk Tekak

Sejak seminggu dua ni, cuaca terlalu panas, sudah banyak air kosong yang di minum.......teringin pula rasanya nak membasahkan tekak ini dengan manis manisan......terus idea kak ruby datang untuk membuat agar agar, tapi agar agar apa ye ? teringat pula pada agar agar lapis......secepat kilat kak ruby ke dapur dan membuatnya.....ini lah hasil nya......


 AGAR  AGAR  LAPIS

Bahan :
10 gm serbuk agar agar
100 gm gula pasir
800 ml air
½ susu cair/santan
Sedikit garam
Pewarna hijau
Beberapa acuan pilihan



Cara :
Masukkan air dan agar agar dalam periuk, masak hingga mendidih masukkan gula.
Masakkan  lagi hingga pekat sikit, tutup api dan bahagiakan pada 2 bahagian,
1 bahagian  diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan susu cair/santan , garam dan juga warna hijau.
Bahagian yang dicampur dengan susu cair/santan ini dikacaukan sekejap diatas api.  Kemudian boleh lah masukkan  adunan warna hijau dlm acuan, bekukan dahulu dlm peti ais bila dah keras sedikit baru masukkan adunan susu cair pula, sama juga beku dulu dlm peti ais.......buat lah lapisan begitu hingga adunan habis.  Setiap lapisan terpulang pada besar kecil acuan (klu acuan kecil sudah cukup dgn 2 sudu besar   tp klu acuan besar  lebihlah sikit sukatannya).
Bila dah siap melapis, sejukkanlah  dalam peti ais, sebelum dihidangkan.



Wednesday 22 February 2012

Kuih Lapis

Bersua lagi kita, kali ini kak ruby nak gambarkan kembali di zaman kanak kanak, di waktu itu selalu ibu menghidangkan kuih kuih tradisional.........kuih lapis adalah salah satu dari hidangan ibu.




KUIH LAPIS
Bahan:
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
½ cawan gula
125 ml santan
900 ml air
Garam secukupnya
Pewarna merah dan kuning


Cara:
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam bekas, kacau sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kacau sebati lagi,
Kemudian bahagi kepada 2 bahagian, 1 bahagian warnakan dgn warna merah dan 1 bahagian lagi warnakan dgn warna kuning.
Sediakan loyang berukuran 8 inci yg telah di gris dengan sedikit minyak/butter (supaya kuih tidak melekat/senang untuk dikeluarkan)
Masukkan 1 cawan adunan warna kuning kedalam loyang dan kukus selama 4 minit , selepas itu masukkan pula adunan warna merah.  Buat lah begitu sehingga semua adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus lah selama 10 minit.