Nuffnang Ad

Saturday, 25 February 2012

Disebalik Kisah Biskut Marie

Disebalik Kisah Biskut Marie


Kisah ini benar benar belaku  pada diri kak ruby, sebelum kak ruby resign….dulu kak ruby bekerja di salah sebuah bank yang agak terkemuka juga di Malaysia ni..biasa lah waktu rehat tenghari, kak ruby  bersama kawan kawan keluar pergi kekedai biskut, masing masing mencari dan membeli biskut kesukaan. Kawan-kawan kak ruby semua pilih biskut yang berjenama, oleh kerana biskut yang branded tu mahal, masing-masing beli 100 gm saje….
Berlainan dengan diri kak ruby yang hanya membeli biskut marie yang murah harga, apa tah lagi kak ruby beli sampai 1 kilo…..masing-masing tersenyum sinis….kak ruby diam pura-pura tak Nampak. Yang menjadikan kak ruby terlalu sedih…salah seorang dari kawan kak ruby tu berkata pada kak ruby “ruby you beli biskut marie?....you bagi anak you makan biskut macam ni!!!”…kak ruby tak kata apa-apa diam seribu bahasa, dalam hati nangis juga…..
Besoknya pagi-pagi lagi kak ruby dah sampai ke tempat kerja, dan terus pergi ke tempat kawan kak ruby yang menghina kak ruby semalam dan meletakkan satu bekas yang berisi makanan, kak ruby tinggalkan sahaja diatas mejanya….
Bila kawan kak ruby tu sampai kemejanya, dia buka dan makan makanan yang kak ruby tinggalkan itu.....terus dia datang mendapatkan kak ruby, dengan perasaan yang penuh rasa ingin tahu,….dia berkata “ruby ni kek apa?...you guna tepung apa? Lembut lah, sedap lah kek ni”….kak ruby terus menjawab…”tepung kek tu ialah biskut marie yang you hina semalam…”I beli biskut tu semata-mata untuk buat kek”..…apa yang terjadi seterusnya tak perlulah kak ruby cerita…apa-apa pun dia kawan kak ruby dan masih lagi kak ruby sayang pada dia….Cuma kak ruby tak boleh tengok biskut marie, terus kenangan itu akan datang kembali……itu lah kisah kak ruby disebalik biskut marie.       
    

 
 KEK ASAM MANIS

Bahan:

5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut marie yang telah d kisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat (boleh dikurangkan)
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna merah dan hijau



Cara :

1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula di putar sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5. Masukkan biskut marie kisar dan esen vanilla. kacau hingga adunan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian lagi warna hijau.
7. Ambil 2 senduk adunan warna merah masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit butter, ratakan kemudian susun asam manis haw flakes hingga menutupi adunan merah tadi, kukus lah selama 5 minit. keluarkan dari pengukus dan masukkan pula 2 senduk adunan hijau, ratakan, susun lagi asam manis....buatlah proses seperti tadi hingga adunan habis.
8. Lapisan terakhir tak perlu letak asam manis lagi.
 9. Untuk lapisn yang terakhir kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak.



Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment