Dimana-mana pun kita semua senang untuk mendapatkan roti, dibandar, dikampung, disupermarket hinggalah ke kedai mamak ditepi-tepi jalan, di dalam berbagai-bagai bentuk yang simple....dan resepi nya pun mudah, tidak memerlukan bahan yang banyak..... Tapi untuk mendapatkan roti lembut, gebu dan cantik, tidak semudah resepi nya dan juga tidak se simple rupanya.....Kenapa kak ruby kata begitu, kerana ini adalah percubaan yang ketiga buat kak ruby, barulah dapat roti selembut ini. Dah banyak resepi kak ruby cuba, semuanya tak menjadi, tapi untuk kali yang ketiga, ini lah hasil dia lembut dan gebu sangat.....Terima kasih pada tuan punya resepi, Yang silapnya kak ruby dah lupa siapa tuan punya resepi ini, ialah terlampau banyak resepi yang kak ruby cuba. Sekali lagi terima kasih pada tuan yang empunya resepi.
ROTI
Bahan :
500g tepung high protein / tepung gandum / tepung roti
- 1biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1sdb susu tepung
- 2sdb susu pekat
- 2sdb marjerin
- 1sdb shortening
- 1peket mauripan (11g)
Cara membuat :
Adunan A
Campurkan yis dengan sedikit air suam (agak2 tenggelam yis), biar sampai berbuih, kalau tidak berbuih jangan guna, ganti yis baru.
Campurkan susu pekat + telur + tambah air + gula.......jadikan 300ml semua sekali.
Dalam mangkuk, masukkan tepung, bersama adunan A, gaul sebati,
masukkan marjerin dan shortening, gaul sebati dan uli,
teruskan uli hingga adunan lembut, licin (lebih kurang 20 minit)
kalau adunan masih melekat tambahkan tepung sedikit.
perap hingga naik sekali ganda, dalam ½ jam....tumbuk untuk keluarkan angin...bulatkan kecik2, susun dalam loyang, perap lagi sejam.
Bakar dalam oven 180 selama 20 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment