Dari kecil lagi kak ruby tidak punya ibu, untuk mengajar kak ruby masak....kak ruby hanya belajar sendiri, tengok sana tengok sini, baca buku masakan, dan cuba sendiri....ini adalah salah satu masakan yang menggunakan cara dan resepi kak ruby sendiri..dan banyak lagi masakan tau, yang kak ruby belajar sendiri-sendiri je.
KURMA DAGING KAK RUBY
Bahan :
1 kilo daging
3 cawan santan
3 biji kentang (potong 4
setiap 1 biji)
1 bungkus rempah kurma
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk tumis
Untuk Bahan tumis
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
(2 bahan ini ditumbuk hancur)
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
3 biji buah palaga
Bahan Tambahan
2 biji bawang besar (dibelah
empat tp tak putus)
3 biji cili merah (dibelah
empat tp tak putus)
3 biji cili hijau (dibelah
empat tp tak putus)
Cara :
Daging dipotong besar, kemudian perap bersama rempah kurma selama 15 hingga
20 minit, ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis
tadi kacau kacau hingga naik bau wangi, masukkan daging yang diperap, masaklah
hingga air daging kering dan nampak berminyak (pecah minyak).
Masukkan santan, garam kacau sebati biarkan mendidih lebih kurang 10 – 15
minit atau hingga daging empuk. Masukkan kentang masak lagi hingga kentang
empuk, masukkan bahan tambahan iaitu bawang besar, cili merah, dan cili hijau.
.
Biarkan mendidih sekejap selama 5 minit. Rasa masin nya, dah ok tutup api.
No comments:
Post a Comment