Nuffnang Ad

Monday 30 April 2018

Portuguese egg tart




PORTUGUESE EGG TART

Bahan
2 biji telur gred A
2 sudu besar gula
2 sb tepung custard
2 sb tepung jagung
1 sk vanilla essence
200 ml susu kotak
Secubit garam
1 peket puff pastry - kak ruby guna jenama Kawan





Cara
Masukkan pastry puff dalam acuan yang sudah disapukan dengan sedikit butter, ketepikan.
Masuk semua bahan dalam periuk, kacau sebati, guna hand whisk seeloknya.
Kemudian masak atas api kecil sampai pekat sedikit tapi masih cair.  Kacau sentiasa jangan sampai berketul, kalau guna hand whisk lagi baik dan sekata.
Tuang dalam mangkuk kaca untuk elak adunan terus masak.  Sudukan adunan dalam puff pastry yang dah di sediakan lebih dahulu ¾ penuh.
Bakar sehingga sedikit perang selama 25 – 35 minit, api atas bawah suhu 170c, ikut size oven masing.

Thursday 26 April 2018

kuih kasturi yang rangup




KUIH KASTURI

Bahan
2 cawan kacang hijau
5 sudu besar gula - bleh tmbh atau kurang
5 sudu besar kelapa parut
air secukupnya

Cara
Rebus kacang hijau bersama air sampai kembang dan biarkan air nya hampir kering.
Masukkan gula dan kelapa parut, kacau rata hingga kering. angkat dan biarkan sejuk.
Ambil sedikit kacang bentukkan bulat2, kemudian leperkan.  Buat lah hingga kacang habis.





Bahan utk adunan tepung
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
sedikit kunyit
garam secukupnya
air secukupnya

Cara
Satukan semua bahan kecuali air letakkan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan sederhana pekat.
Panaskan minyak, ambil kacang tadi celup dan goreng hingga kekuningan.

Wednesday 25 April 2018

Kuih Lapis




KUIH LAPIS

Bahan
1 cawan tepung beras
4 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
1 cawan gula – boleh kurang
2 cawan santan pekat + 2 cwn air atau 2 cwn santan cair
Secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak.
1 bahagian warnakan dengan warna merah, 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih dan satu bahagian lagi warna dengan warna hijau.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna merah kukus lagi, dan seterusnya warna hijau,  3 buat lah begitu berselang seli hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit


*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni warna dan cara kak ruby.

Wednesday 18 April 2018

Kek kukus pandan cheese leleh




KEK KUKUS PANDAN CHEESE

Bahan

1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
½ cawan minyak masak
½ cawan susu cair
1 sudu besar ovelatte
1 sudu teh baking powder
½ penutup pewarna hijau
1 penutup perisa pandan

Cara
Pukul telur, ovalette dan gula sampai bewarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan, pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder.  Pukul sekejap jangan lama.
Mati matkan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan adunan ke dlm loyang yang sudah dialas dan kukus selama 30 minit.  Guna api sederhana, Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan adunan.
Tutup (balut) penutup pengkus dengan kain bersih.





Bahan cream cheese leleh
250 gm cream cheese tatura
Suku cawan susu cair
½ cawan susu pekat manis atau (ikut manis sendiri)

Cara
Satukan semua bahan dan pukul sebati.

Cara menghias
Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul betul sejuk.
Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan
Potong atau belah separuh kek dan sapu dengan cream cheese tadi.
Akhir sekali tabur cheese cheddar yang diparut.

Sardin puff




SARDIN PUFF

Bahan
1 peket puff pastry - kak ruby guna jenama Kawan

untuk inti
1 tin sardin saiz sederhana
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji cili merah - dipotong halus
3 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam secukupnya
1 biji kuning telur - utk sapu diatas puff





Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan sardin yang telah dihancurkan terlebih dahulu masukkan garam dan cili merah (masukkan sedikit air jika perlu) kacau sampai agak sedikit kering  masukkan jus limau kacau sebatikan tutup api.
Ambil satu lapis puff pastry, potong ikut bentuk pilihan sendiri (4 segi, 3 segi, panjang, bulat atau apa2 bentuk yang disukai) masukkan inti sardin, tutup, tekan dengan garfu disetiap hujung puff supaya inti tidak terkelur bila dibakar.
Kemudian sapu dengan kuning telur diatas permukaannya.
Bakar dengan suhu 180c selama 20 - 25 minit atau hingga masak.