Nuffnang Ad

Wednesday 18 April 2018

Kek kukus pandan cheese leleh




KEK KUKUS PANDAN CHEESE

Bahan

1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
½ cawan minyak masak
½ cawan susu cair
1 sudu besar ovelatte
1 sudu teh baking powder
½ penutup pewarna hijau
1 penutup perisa pandan

Cara
Pukul telur, ovalette dan gula sampai bewarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan, pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder.  Pukul sekejap jangan lama.
Mati matkan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan adunan ke dlm loyang yang sudah dialas dan kukus selama 30 minit.  Guna api sederhana, Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan adunan.
Tutup (balut) penutup pengkus dengan kain bersih.





Bahan cream cheese leleh
250 gm cream cheese tatura
Suku cawan susu cair
½ cawan susu pekat manis atau (ikut manis sendiri)

Cara
Satukan semua bahan dan pukul sebati.

Cara menghias
Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul betul sejuk.
Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan
Potong atau belah separuh kek dan sapu dengan cream cheese tadi.
Akhir sekali tabur cheese cheddar yang diparut.

No comments:

Post a Comment