Nuffnang Ad

Wednesday, 11 October 2017

Cucur Jawa



CUCUR

Bahan
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
1 cawan air
sedikit garam





Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati dan perap selama 4 jam atau lebih.
Selepas itu boleh lah digoreng dengan minyak yang banyak, ambil satu senduk kecil adunan masukkan ke dlm kuali, bila cucur timbul baru terbalikkan, angkat dan toskan minyak nya.


Tuesday, 10 October 2017

Kek Oren Sunquick



KEK OREN SUNQUICK

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin – kak ruby letak 200 gm
1 cawan gula kastor
5 biji telur
¼ cawan susu cair
6 sudu besar pati oren sunquick
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen vanilla




Cara
Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji sebiji masukkan esen vanila sambil dipukul, masukkan pati oren dan susu cair kacau lagi,
Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder, kacau rata sebatikan.
Masukkan ke dalam loyang 8”  yang sapukan dengan sedikit marjerin.

Bakar suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak.

Friday, 6 October 2017

Kek Coklat Moist

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu,
Ini lah projek ku petang tadi... Aku cuma seorang diri dirumah, anak ku yang manja tu berada nun jauh di utara kerana tugas ku restui permegiannya dan berdoa supaya anak ku selamat pergi dan selamat kembali......Walau pun kek ku ini tidak secantik kek di kedai.....alhamdulillah aku buat dengan jari jemari aku sendiri untuk aku hadiah kan pada sang suami yang amat ku cintai hihihi macam remaja pula.......tak sabar nak tunggu detik 12 malam......
Selamat hari lahir suami, semoga diberi kesihatan yang baik dan semoga kita tetap bahagia hingga ke akhir hayat kita, amin.


KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan untuk kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat         
Bahan B
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu teh bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 3 biji telur (suhu bilik)





Cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. api kecil. sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan dalam loyang,  tutup dengan kertas foil, guna apa2 pun boleh, pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.

Bahan utk topping
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas


Cara
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

Thursday, 5 October 2017

Donat Labu lembut



Donat labu

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - lecek halus
1 cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor - secukupnya untuk menyalut





Cara
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Labu dilecek hingga halus
Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air.  Uli dengan tangan sambal masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.(kak ruby guna air dalam ¼ cwn je)
Perap selama 30 minit atau naik 1 kali ganda.  Tumbuk2 keluarkan angin, canai dan terap dengan acuan donut.  Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng. 

Cucur Udang lagi



CUCUR UDANG

Bahan
250 tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
100 gm udang sederhana besar - bersih potong 4
1/2 ulas bawang besar - potong kecil2
1 biji telur
10 batang daun bawang (daun kucai bleh gak)
220 ml air
sedikit kunyit dan garam




Cara
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati.  Perapkan selama 1/2 jam atau hingga nampak gelembung2 keluar di permukaan adunan tepung.
Panaskan minyak, sudukan 1 sudu besar adunan tepung dan goreng lah hingga kekuningan, api jangan terlalu besar.  Angkat toskan minyak.  

Friday, 29 September 2017

Keke gula hangus



KEK GULA HANGUS

Bahan:
5 bij telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula* (kak ruby letak 1 ½ cwn je)
2 cawan air*
* buat gula hangus
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh soda bicarbonate






Cara :
 * Gula digoreng dgn api sederhana besar, bila gula dah agak cair masukkan air panas, kacau hingga gula cair semua tutup api masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan.
Pukul telur hingga kembang dan gebu (blender pun boleh) masukkan susu pekat manis, kemudian tuang ke dalam bekas tepung yang sudah diayak bersama soda bicarbonate.
Akhir sekali masukkan gula hangus, kacau bg betul2 sebati
Masukkan ke dlm acuan yg telah disapu sedikit butter.

Bakar api atas bawah, selama 45 atau hingga masak.

Sunday, 24 September 2017

Weffle



Waffle

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 biji telur gred B – asingkan putih dan kuning nya
1 cawan air
½ cawan susu segar
½ cawan minyak masak
3 sudu besar marjerin atau butter – dicairkan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powdwe
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Sedikit marjerin utk disapu pada pan waffle





Cara
Dalam bekas masukkan tepung, gula, secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanilla, marjerin dan minyak.
Ambil kuning telur campur dengan satu cawan air kacau2 dan masukkan ke dalam tepung tadi, kacau tepung hingga sebati.  Kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang, tuangkan kedalam adunan tepung.  Kacau cara kuak balik sampai sebati, jangan kacau kuat2 sangat.
Panaskan waffle maker, sapu majerin sedikit pada pan, Bila dah betul2 panas masukkan adunan tepung tadi, kemudian tutup.
Lepas 3 atau 4 minnit masak, angkat dan sapu dengan apa2 yang disukai, coklat, Nutella, penanut butter arau apa2 je.

Thursday, 21 September 2017

Seri Muka Pulut Hitam



Kuih Seri Muka Pulut Hitam

Bahan Pulut Hitam:
1/2 cawan beras pulut hitam
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Bahan Seri Kaya:
300 ml santan pekat + 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
160 gm gula castor
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Pewarna kuning dan hijau





Cara
1. Bersihkan beras pulut hitam, cuci bersih dan rendam berasingan dengan beras pulut selama 6 jam atau semalaman.
2. Cuci bersih dan toskan airnya. Gaul rata kedua-dua beras pulut. Kemudian tuang santan yang telah dicampur dengan garam. Kukus beras pulut sehingga masak.
3. Pindahkan pulut yang telah masak kedalam loyang 7 inci yang telah dilapis plastik bersih. Dan tekan-tekan agar pulut sedikit mampat dan padat.
4. Kukus lagi pulut selama 10 minit.
5. Sementara menunggu pulut masak, satukan semua bahan-bahan seri kaya dalam mangkuk besar. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tapis adunan dan bahagi kepada 2 bahagian sama rata.
6. Bila pulut sudah tanak, sendukkan adunan kuning perlahan-lahan atas pulut dan kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Balut tutup kukusan dengan tuala bersih agar air tidak menitis atas kuih nanti.
7. Bila adunan kuning telah masak, guris sedikit dengan garfu dan sendukkan adunan hijau pula diatasnya. Kukus lagi selama 30 minit sehingga masak. Jika ada air diatas kuih lapkan perlahan-lahan dengan tuala bersih. Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Saturday, 16 September 2017

Karipap



KARIPAP

Bahan
300 gm tepung gandum
3/4 cawan air sejuk (dlm peti ais)
2 sudu mkn minyak jagung*
2 sudu mkn buttercup*
sedikit garam





Cara
Campurkan bahan yang bertanda * dan panaskan hingga butter cair, tutup api.
Gaulkan kesemua bahan diatas dan uli hingga menjadi adunan lembut, kemudian bahagikan kepada ketul2 kecil,

(kak ruby buat setiap ketul 50 gm).(resepi asal adunan di rehatkan 30 minit) tapi kak ruby terus je canai, nipis2 kan dan letak inti, tutup seperti biasa kelim di tepi dan goreng.

  **Kali ni tak licin pula kulit karipap.

Thursday, 14 September 2017

Apam nasi lagi dan lagi



APAM NASI

Bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya




Cara
Blend nasi dengan air sehingga hancur halus, masukkan gula blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 2 jam.
Bahagikan kapada 2 atau 3 bahagian, dan warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.


Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Tuesday, 12 September 2017

pulut kuning



PULUT KUNING

Bahan
500 gm beras pulut
2 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam



Cara
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.

Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi).  Masukkan dalam bekas atau acuan pilihan.   

Wednesday, 6 September 2017

Sadin Roll



SADIN ROLL

Bahan
500 gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
Air sejuk dari peti ais

Cara
Cairkan marjerin dan biar suam, kemudian satukan semua bahan dalam mangkuk kecuali air,
Uli sambil tuang air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.  Timbang 30 gm setiap satu dan leperkan isi inti sadin dan bentukkan.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak.



Inti sadin
1 tin sadin – hancur2kan
½ biji bawang besar – potong dadu halus
2 ulas bawang putih – dadu jgk
2 biji cili merah – potong halus
Garam dan jus limau kasturi secukupnya

Cara
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih tadi hingga naik bau, masukkan sadin yang sudah dihancur-hancur kacau, masukkan cili merah, garam dan jugak jus limau, masak dan kacau hingga kering tutup api, angkat. 

Carrot cake lagi



CARROT CAKE

Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus


Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing


Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.   

Monday, 28 August 2017

kuih ketayap lagi



KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya




Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.