Nuffnang Ad

Thursday 27 September 2018

Donat pelangi




DONAT PELANGI

Bahan
500 gm tepung berprotein tinggi/tepung gandum
11 gm yis
200 ml air sejuk (dr peti sejuk)
50 gm marjerin/mentega
2 sudu mkn gula pasir
2 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Sedikit warna hijau dan merah





Cara
Didalam bekas besar, tuangkan air suam, masukkan yis segera, biarkan selama 8 - 10 minit atau sampai yis berbuih.
Masukkan semua bahan kecuali butter kedalam bekas tadi.  Uli menggunakan mixer atau bread maker hingga menjadi doh kasar,  kemudian saya uli guna tangan je, baru masukkan butter, uli lagi kemudian bahagi kepada 3 bahagian, satu warna kan hijau, satu lagi warna merah dan satu lagi biar kan warna asal, uli kan setiap bahagian hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
Gelek kan ke tiga-tiga bahagian dan susun menjadi kan tiga lapis.  Kemudian tekap dengan acuan donat, biarkan ia mengembang.
Goreng dengan api yang sederhana dan minyak yang banyak hingga kekuningan angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus.

Friday 21 September 2018

Tart telur lagi




TART TELUR

Untuk Kulit
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla





Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.

Bahan Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 ½ sudu besar tepung kastard
½ sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning



Cara Buat Filling :
Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah dibakar terlebih dahulu.  Kemudian bakar semula dalam oven dgn suhu 180c ikut kepanasan oven masing-masing selama 20 minit atau hingga masak.

Sunday 16 September 2018

Kek Chiffon Marble







KEK CHIFFON MARBLE


Bahan
Bahan A
7 biji telur putih
1/2 tsp cream of tartar
100g gula

Bahan B
7 biji kuning telur
100g gula
175g tepung gandum
1/2 tsp baking powder
75ml minyak masak
150ml susu segar
1/2 tsp garam
1 tsp serbuk koko
1 tsb coklat emulco





Cara
Panaskan oven suhu 170.
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
Potong dan hidangkan.

Wajik Delima




WAJIK DELIMA

Bahan
1 kg beras pulut
500 gm gula pasir  *
125 gm gula batu *
500 gm santan pekat *
1/2 sudu teh garam *
2 helai daun pandan - disimpul *
pewarna merah





Cara
Bersih beras pulut dan rendam bersama pewarna merah selama 6 jam atau lebih.  Kemudian kukus hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali campurkan semua bahan yang bertanda * masak hingga mendidih dan agak pekat, masukkan pulut yang sudah di kukus tadi.  Kacau sehingga kering dan nampak pulut berkilat, tutup api.

Masukkan pulut dalam acuan pilihan dan sejukkan.

Sunday 9 September 2018




LEPAT KACANG HIJAU
sumber dari :  ig majalahrasa
Dicuba oleh : kak ruby

BAHAN
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam





CARA
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..

Pastry fruirt cake




PASTRY FRUIRT CAKE
Sumber : Ainie Syeema
Dicuba oleh : Aznie Khasri
Dicuba jgk oleh : kak Ruby

Bahan

100g butter
160g gula halus
3 biji telur ayam (A @ B )
210g tepung gandum. }ayak
1 s/k baking powder. }ayak
1 s/t Vanila flovor
1 s/t Lemon zest / kulit oren
100g sourcream / yogurt
buah2 segar.. Seperti strawberry, blueberry, buah peach. (kak ruby guna yg dlm tin je. --pastikan buah2an ditoskan dahulu






Cara
 Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..
Pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..
Masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...
Masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi ..
Masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..
Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)
masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
Kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...
Bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..
Cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..
untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek..
Siap.. Bole la dihidangkan..

Bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
*** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah.





Creamy vanila sous

Bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 s/k vanila flovor
1 @ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
4 biji kuning telur

Cara
panaskan susu cair, whipping cream juga vanila flovor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.. Tutup api..
pukul kuning telur bersama gula hingga sebati..
masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebari.. (Pastikan sentiasa kacau ye.. Jangan malas
kemudian masukkan semula kedalam periuk.. Dan masak lagi hingga agak pekat... Sentiasa dikacau ye.. Jangan terlalu pekat.. Sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi..
siap.. Tutup api.. Kemudian tapis kedalam mangkuk..
sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake ye..
sedap macam mkn aiskrim vanila..