Nuffnang Ad

Wednesday, 22 February 2012

Biskut Marie Yang Kurang Diminati

Assalammulaikum, Di zaman sekarang biskut marie sudah tidak di minati lagi oleh semua orang, apa tah lagi bagi anak anak di zaman milenium ini. Maka timbullah idea kak ruby untuk mengembalikan ingatan semua  orang pada biskut marie. Terciptalah Puding Biskut Marie....


PUDING BISKUT MARIE


Bahan:

Bahan A
2 paket serbuk agar2
6 cwn air (1500 ml air)
½ cwn gula
1 tin susu cair

Bahan B
6 biji telur
1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
250 gm buttercup
250 gm horlick
4 sudu mkn tepung kastard

Bahan C
300 gm milo (bancuh dgn ½ cwn air)
300 gm biskut marie (atau secukupnya)



Cara:
Bahan A dimasak hingga mendidih
Bahan B, buttercup dipukul hingga putih, masukkan telur yg telah dipukul trlebih dulu, masukkan jg susu, tepung kastard & horlick kacau hingga sebati.
Masukkan Bahan B kedlm Bahan A yg telah mendidih td, kacau hingga sebati dan pekat (kacau diatas api yg kecil je).
Kemudian bahagikan kpd 2 bahagian:
i) bahagian warna asal iaitu warna kuning, bahagikan lg pd 2 bahagian lagi (utk lapisan atas bawah)
ii) satu bahagian lg dicampur dgn milo yg telah dibancuh td.

Tuangkan warna asal dlm acuan, agak2 keras sedikit susun biskut marie secara bertindih-tindih sampai habis, kemudian tuangkan pula bahagian yg dicmpur milo, bila dah agak2 keras tuangkan warna asal yg lg satu.
Sejukkan & bekukan dlm peti ais. Bolehlah dipotong.


1 comment:

  1. berapa berat 1 peket agar agar tu? sbb yg sy slalu beli berat 25g

    ReplyDelete