Nuffnang Ad

Tuesday 28 February 2012

Lebihan Labu.......

Sebenarnya dalam peti ais kak ruby dah 2 hari baki labu tersimpan, tak tahu nak masak apa, nak buang sayang sangat, bukan buruk atau basi pun boleh digunakan lagi.....lantas kak ruby ke meja computer, buka dan mencari-cari di blog sesiapa yang ada resepi menggunakan labu, kak ruby terjumpa di jintanmanis.com....cantik gambar dia dan resepi dia pun mudah,  terus kak ruby salin dan ke dapur untuk mencubanya....menjadi lembut dan sedap, terima kasih jintanmanis,....maaf, kak ruby dah tukar bentuk dan warna dengan cara kak ruby.



APAM LABU MANIS
resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya :
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan susu santan@ susu segar
beberapa titik esen vanila



Cara-caranya :
 
1. Rebus atau kukus labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.

2. Selepas itu masukkan labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam labu tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )


No comments:

Post a Comment