Nuffnang Ad

Tuesday, 10 February 2015

Talam Tokyo lagi



TALAM TOKYO

Bahan
300 gm sago kecil warna putih
60 gm sohoon
100 ml santan pekat
100 gm kelapa parut putih
300 ml air
1 sudu kecil garam















Cara
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong pendek.
Satukan bahan2 diatas dan masukkan kedlm loyang 10x10x2" yg telah disapukan dgn sedikit minyak atau alaskan dgn plastik dan oleskan sedikit minyak.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Utk lapisan atas
4 biji telur ayam
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam


Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata dan sebati, tapiskan.
Masukkan kedalam periuk, masak hingga naik wap, tuangkan adunan keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api dan sejukkan kuih, biarkan benar2 sejuk baru dipotong.


4 comments:

  1. akak sago tu rupa cam sagu ker?

    ReplyDelete
  2. kaknoor belum pernah buat talam tokyo ni macam senang jugak just masuk je semua dan blend boleh try nnt kak ruby

    ReplyDelete
  3. ye cheq da, sago tu sagu lah juga, ada setengah org panggil sago..mcm kak ruby ni org utara sebut sagu hehehe

    ReplyDelete
  4. senang je mesti kaknoor boleh buat punya lah....

    ReplyDelete