Nuffnang Ad

Tuesday 22 November 2016

Agar-agar kering ku jadikan Doorgift utk perkahwinan anak ku.....

Assalammualaikum, Oktober 2016 boleh dikata bulan yang paling sibuk buat diri ku, bukan setakat sibuk saja malah penuh dengan debaran hehehe macam budak-budak nak ambil SPM pula berdebar-debar.......tapi aku bukan nak ambil SPM, cuma nak menerima menantu,  mungkin menantu sulung lah kot membuatkan aku tak senang duduk, macam-macam nak buat, seribu satu yang aku fikir, nak beli tu ni, nak tambah itu ini, macam-macam lah,  dalam pada itu seronok pun ada jugak, nak dapat menantu lah kata kan.
Pekara yang terpenting bagi aku ialah doorgift, untuk doofgift saja aku fikir berbulan-bulan.  Entah macam mana aku teringat agar-agar kering, "wah cantik nya berwarna warni", kata hati ku, aku pun terus nekat nak jadikan agar-agar kering sebagai doorgift untuk perkahwinan anak ku.
Aku mula lah cari resepi hehehe terima kasih Azie Kitchen, dengan resepi dari Azie ini berjaya projek aku.  Semua nya aku buat sendiri, ideal datang mencurah-curah, ku beli botol dan segala keperluan dan akhir nya terjadilah satu bentuk doorgift yang cantik.
Pada hal masa kecik kecik dulu, setiap kali hari raya kakak ku mesti buat punya.  Waktu itu aku tak hiraukan sangat, sebab aku tak berapa suka kalau makan pun satu dua je.  Itu dulu, semua nya hanya tinggal kenangan, kakak pun sudah tiada lagi Alfatihah buat kakak ku.  Entah lah sekarang aku suka pula agar-agar kering sampai aku jadikan doorgift.


Agar Agar Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)





 Cara
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

No comments:

Post a Comment