BISKUT ULAT BULU
Bahan
1 cawan tepung jagung (ayak)
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 buku mentega
3 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu perisa pandan
Pewarna hijau
Gula halus untuk ditabur
Kurma untuk inti
Cara
Pukul mentega bersama-sama telur kuning sampai kembang.
Masukkan perisa pandan, esen vanilla dan sedikit pewarna
hijau. Kemudian pukul. Pewarna tu jangan banyak sangat nanti terlebih hijau
pula nanti.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi
sedikit. Agak-agaklah adunan boleh dibentuk. Tepung gandum tu tidak perlu
dihabiskan.
Ambil doh sebesar duit 50 sen, leper dan masukkan inti
kurma.
Gulung dan bentukkan memanjang dan tekan gunakan garfu.
Kalau mahu cantik bentuknya, letak atas(tengah)tapak tangan dan genggam tangan.
Jangan kuat-kuat terkeluar pula nanti intinya.
Masukkan dalam loyang dan bakar
dalam suhu 170 selama 15-20 minit. Taburkan gula halus pada biskut sebagai
bulunya..smile emoticon tabur masa biskut dan sejuk...!! Barulah comey cam ulat bulu
hehehe!
No comments:
Post a Comment