SERI MUKA
Bahan Bahagian Bawah
1 ½ cawan pulut
¾ cawan santan cair
½ sudu kecil garam
Cara:
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuslah sehingga
masak.
Bila pulut dah
masak, tekan pulut supaya ia kemas dan padat.
Masukkan dalam
kukusan semula, tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Bahagian Atas
2 cawan santan
½ cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara
Masukkan semua
bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan
perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih
kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu
baru potong dengan pisau pelastik.
*tutup tudung
periuk dengan kain.
*loyang 8”
No comments:
Post a Comment