Semalam Sarawak cuti umum....Hari Good Friday kata orang sini, kak ruby pun ambil kesempatan pergi ke kelas, untuk belajar buat kek lapis sarawak, ialah sementara jadi orang sarawak ni kena lah kutip segala ilmu yang termampu, untuk bawak balik ke Semenanjung nanti.......semalam belajar buat kek lapis lady gaga, cantik dan rasanya pun sedap.
KEK LAPIS LADY GAGA
(resepi: kelas belajar kek lapis)
Bahan A:
15 biji kuning telur
5 biji putih telur
200 gm gula halus
230 gm tepung hong kong
1 sudu mkn oveallte
1 sudu kecil baking powder
Bahan B:
480 gm buttercup
1 tin kecil kaya
½ tin susu pekat manis
Bahan C:
50 gm serbuk coklat
500 gm biskut tunjuk
Pewarna merah/pink
Perasa coklat
Cara Membuatnya:
Pukul bahan A hingga kembang.
Dalam bekas lain, pukul pula bahan B hingga kembang juga. Satukan bahan A dan bahan B gaul rata.
Kemudian bahagikan kepada 2
bahagian. Satu bahagian dimasukkan
serbuk coklat dan paste coklat, ini untuk bahagian bawah dan atas.
Satu bahagian lagi masukkan warna merah/pink, ini untuk lapisan tengah kek.
Bakar warna coklat selapis selapis, sebanyak 5 lapis. Kemudian
masukkan warna merah, susun biskut tunjuk,
bakar hingga masak, masukkan warna merah lg dan susun biskut lagi, buatlah
proses ini hingga adunan merah habis. Bakar
dan lapis lagi warna coklat sampai habis.
Bila dah masak…tunggu sejuk dulu baru boleh dipotong.
salam kak ruby...
ReplyDeletemenarik resepi kek lapis ni...
mintak izin copy...
: )