Nuffnang Ad

Monday, 16 April 2012

Kek Marble Trio

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia.......ari ni tak de cerita panjang, entah kenapa macam bad mood je, mungkin dah dekat dengan hari jadi kot, cuma 1 ari je lagi nak sambut hari lahir......hehehe yg keberapa ye, tak kisah lah yg keberapa pun, asal kan sihat........Kek marble trio ni lembut dan gebu sangat, tak tau kak ruby siapa tuan punya resepi asal, kak ruby ambil resepi ni sudah 2, 3 lapis dari tuan asal, apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi.  Kak ruby nak gunakan resepi kek ni untuk buat kek hari lahir kak ruby esok......kak ruby nak letakkan fondant di atas nya,  tentu cantik dan sedap.



KEK MARBLE TRIO...

Bahan :
300 g mentega, (kak ruby guna 250 je)
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 gm gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin (kak ruby x bubuh)
20 g air (kak ruby wat 2 sudu besar)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
warna kak ruby wat pilihan sendiri

 


Cara-cara

Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esen vanila.
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.




Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

No comments:

Post a Comment