Biasa lah di hari-hari minggu begini, selalu nya jarang kak ruby masak.....samada makan kat luar atau pun kak ruby masak yang ringkas2 je, pagi ini Sibu hujan, tapi tidak lah lebat, hanya gerimis je......walaupun hanya gerimis kak ruby malas nak keluar, rasa lebih privacy pula makan bersama suami dan seorang anak dirumah.....entah lah rasa nya lebih membahagiakan.....pizza lah jadi pilihan kami 3 beranak. Senang, ringkas dan sedap, yang lebih penting sekali hasil air tangan sendiri. Kebersihan pun terjamin......hehehehe
PIZZA MAMA
Bahan:
300 gm tepung gandum
11 gm yis kering
5 gm gula halus
10 gm marjerin
120 ml air
½ sudu kacil garam
3 sudu besar tomato puree
Bahan Untuk Filling
5 batang sosej ayam (dipotong
bulat)
1 tin nenas (dipotong dadu)
1 biji cili kapal (dihiris
nipis)
5 sudu besar mayonis
5 sudu besar mozzarella
cheese
Cara :
1.
Campurkan tepung,
yis, gula dan garam. Gaul hingga rata.
2. Masukkan marjerin dan
gaul-gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga lembut.
Biarkan doh seketika selama 30 minit.
4. Tumbuk doh supaya angin
keluar. Bahagikan kepada 2 bahagian dan bentukkan bulat.
5. Canaikan doh, cucuk doh
dengan garfu, sapukan sedikit tomato puree dan letakkan semua bahan ’filling’
diatasnya.
6.
Susun sosej yang
telah dipotong nipis dan paipkan mayonis.
7. Bakar selama 20 minit
pada suhu 160c, keluarkan dan tabur 1 sudu besar mozzarella cheese di atas.
Bakar semula selama 10 minit.
8. Keluar dari oven dan
sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment