Assalammualaikum, petang semalam kak ruby buat bingka jagung sebagai salah satu dari juadah untuk berbuka.....resepi asalnya, biasa lah kalau bingka2 ni siapa lagi kalau bukan blogger terkenal kita iaitu Yatimemoris, terima kasih yatie, tapi maaf banyak2 ye sebab kak ruby dah tukar dari jagung dalam tin ke jagung segar, ini sebab dirumah kak ruby banyak sangat jagung segar dibeli oleh anak bujang kak ruby, pandai pula anak bujang membeli hihihi........jagung tu selepas dihiris dari batang kak ruby blend sekali bersama bahan2 lain, hasilnya memang sedap.
BINGKA JAGUNG
Bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
2 cawan air
4 biji telur
2 sudu besar marjerin - dicairkan, sejukkan
4 batang jagung segar - dihiris
secubit garam
sedikit pewarna kuning
bijan secukupnya - kak ruby tak letak
Cara
Satukan kesemua bahan diatas dan blend hingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan ratakan, boleh juga guna mentega, panaskan loyang dalam oven sebantar. Bila mentega telah panas, masukkan adunan tadi taburkan bijan dan bakar pada shu 180c selama 1 jam 15minit atau sehingga masak, guna api atas bawah, kalau nak garing lagi tambahkan 15 minit guna api atas sahaja utk permukaan yang garing.
Sesuai sangat masa berbuka.....suka jagung bila dah jadi kuih macam ni
ReplyDelete