Nuffnang Ad
Saturday, 5 July 2014
Talam Jagung
TALAM JAGUNG
resepi Yatimemoris, terima kasih Yatie
Bahan Utk Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning dan garam
Cara
Satukan kesemua jenis tepung dalam mangkuk, masukkan garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapis, masukkan dalam periuk, masak diatas api yang kecil sehingga naik wap, masukkan jagung krim dan gaul lagi hingga sebati.
Alaskan loyang dgn plastik dan sapu sedikit minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Bahan Utk Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam dan sedikit pewarna hijau
Cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk, gaul sebati kalu nak mudah blend kesemunya.
Masukkan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2 sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan hijau pandan diatas lapisan jagung tadi.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Ramadhan Kak Ruby.... Sedapnya kuih talam jagung akak. Puas hati kan.... kalau kita buat kuih sendiri. Kalau nak beli, kadang-kadang tak sedap lah, tak menepati citarasa lah.... kan, ada je yg tak kena.
ReplyDeletebetul tu dilah, buruk2 pun kita buat sendiri.....puas hati tahap kebersihan dia hihihi
ReplyDelete