APAM MAWAR
resepi asal: Citarasawan
Bahan
250 gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
2 biji telur A
1/2 sudu teh ovallet
200 ml susu cair
50 ml minyak masak
1/4 sudu teh garam
Pewarna & perisa yang disukai
Acuan Mawar - gris dengan sedikit minyak
Cara
Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder.
Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan
gebu. Masukkan tepung berselang-seli
dengan susu cair sambil diputar sehingga bergaul rata.
Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2
bahagian sama rata. Kemudian masukkan perisa dan pewarna pilihan.
Kukus selama 10-15 minit dengan api perlahan
supaya tidak merekah.
No comments:
Post a Comment