Petang semalam jerebu ditahap tidak sihat, kak ruby nak buka tingkap, pintu pun rasa takut, nanti jerebu tu masuk pula dalam rumah....jadi kak ruby berkurung lah dalam rumah.....mula lah kak ruby ke dapur iaitu tempat yang paling kak ruby suka.......apa lagi kalau ke dapur tu, ada lah sesuatu yang akan terhasil nanti.....
Pukul 5 siap puding sedut diatas meja, oooooo sedap rupa nya.....tidak lah rugi seharian kak ruby terkurung dalam rumah dek kerana jerebu diluar.......
PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
resepi : Citarasawan
Bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste /
emulco atau lain-lain perisa
botol kaca secukupnya
Cara
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air
dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan
letakan perisa
Contoh, warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau
dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
Cara penyediaan ke dlm botol
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur
yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam
botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh
hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain
dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sedapnya Ruby..rajin dan sabarnya Ruby membuat puding ni..
ReplyDeleterajin kakruby nampak pun cantik sngt tu
ReplyDeleteboleh lah kaknoor try
dh lama teringin tapi belum lagi samai hajat nak buat ni