Nuffnang Ad

Saturday 3 October 2015

Puding Sedut atau Puding Siruk

Assalammualaikum...Hihihi giliran kak ruby pula nak tayangkan puding sedut yang tengah hangat di blog dan fb sekarang ni.....kak ruby buka blog dah ramai teman-teman blogger publish kan gambar dan resepi puding sedut rupa nya, tak pe lah kak ruby terlewat sikit.......
Petang semalam jerebu ditahap tidak sihat, kak ruby nak buka tingkap, pintu pun rasa takut, nanti jerebu tu masuk pula dalam rumah....jadi kak ruby berkurung lah dalam rumah.....mula lah kak ruby ke dapur iaitu tempat yang paling kak ruby suka.......apa lagi kalau ke dapur tu, ada lah sesuatu yang akan terhasil nanti.....
Pukul 5 siap puding sedut diatas meja, oooooo sedap rupa nya.....tidak lah rugi seharian kak ruby terkurung dalam rumah dek kerana jerebu diluar.......


PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
resepi : Citarasawan

Bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
botol kaca secukupnya

Cara
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh,  warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry





















Cara penyediaan ke dlm botol 
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna

2 comments:

  1. Sedapnya Ruby..rajin dan sabarnya Ruby membuat puding ni..

    ReplyDelete
  2. rajin kakruby nampak pun cantik sngt tu
    boleh lah kaknoor try
    dh lama teringin tapi belum lagi samai hajat nak buat ni

    ReplyDelete