KUIH GETAS
Bahan
250 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
150 gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150 ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit
dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut
serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia
tidak terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia
berbentuk lonjong atau leper, pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila
hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh
supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung
tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
assalamualaikum ...sedapnya tengok kuih gertas..:)
ReplyDeleteassalam..suka makan tapi jarang jumpa...
ReplyDeleteassalam..suka makan tapi jarang jumpa...
ReplyDeletewaalaikumussalam, adda syuhada dan Bunda_nora......kuih gertas ni kesukaan kak ruby ni......Bunda_nora mai lh singgah2 kat kayumaniskorner563......
ReplyDelete