Nuffnang Ad

Saturday 17 October 2015

Kuih Lapis Mawar



KUIH LAPIS MAWAR

Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan santan (1cwn santan pekat cmpurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros





Cara
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci (kak ruby guna acuan bunga ros).
Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku, tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam kedalam mangkuk, masukkan santan tadi, gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200 ml batel) bahagi kpd 600 ml lebih kurang setiap satu, warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakan perisa ros, Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak kedalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna (putih) kedalam loyang, kukus selama 5 minit dengan api kuat. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah, kukus lagi.  Ulang proses ini hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Sejukan terlebih dahulu sebelum dipotong.

*oleh kerana kak ruby guna acuan bunga ros, jadi cara lapisan kak ruby tidak ikut cara yatie atau cara    K.An Periuktanah.

No comments:

Post a Comment