Nuffnang Ad

Thursday 9 January 2014

Tiwul Ayu Coklat

Assalammualaikum, selepas masak untuk makan tengahari tadi, kak ruby tercari-cari jugak apa resepi nak buat untuk minum petang ni..........belek2 resepi dalam koleksi,  kak ruby ternampak kuih tiwul ayu, tertarik jugak, sebut nama nya tersenyum kak ruby sendirian, bila baca resepi ooo adik beradik dengan kuih seri ayu (puteri ayu) lah ni, boleh lah kak ruby try kebetulan semua bahan ada........bila dah siap masak cantik dan sedap rupa nya.
      

TIWUL AYU COKLAT
resepi : fida@ myresipi.com

Bahan
160 gm tepung naik sendiri
3 sk serbuk koko - kak ruby letak 2 sudu je
2 biji telur
120 gm gula halus
3/4 sk ovelette
80 ml susu segar
100 gm kelapa parut - digaul dgn sedikit gram dan 1 sk tepung jagung



Cara
Ayak tepung bersama serbuk koko ketepikan.
Di dalam mangkuk mixer pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul lg sambil dimasukkan susu segar dan pukul terus hingga menjadi putih.
Masukkan campuran tepung dan kaup balikan dgn spatula atau senduk hingga rata.
Ambil sedikit campuran kelapa parut dan bubuh ke dalam acuan dan tekan hingga padat,  sudukan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan.
Kukus selama 10 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.


3 comments:

  1. sedapnya....terasa kuih tu melambai2 di cheras ni...hihihih

    ReplyDelete
  2. Sedap ni kak..pernah buat...tiwol tu bhs jawa..sy selalu sebut gitu..hihii

    ReplyDelete
  3. ye ke, tiwol tu bhs jawa.......terima ksh Rohah bnyk2, k ruby tak tau lngsung, hihihi dpt bljar 1 perkataan ari ni

    ReplyDelete