Nuffnang Ad

Saturday, 26 May 2012

Karipap

Assalammualaikum semua, kali ni kak ruby buat karipap tradisional.....kenapa kak ruby kata tradisional, kerana resepi karipap ni adalah dr nenek2 kak ruby.  Itu pun kak ruby dah tukar santan ke majerin, resepi asal guna santan.   


KARIPAP

Bahan inti :
5 biji kentang (potong dadu)
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
1 bungkus daging cincang
sedikit asam jawa 
Garam dan gula
1 cawan air

 Cara :
Panaskan minyak tumis bawang besar (ambil sedikit dari bawang besar yang dipotong dadu) dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging cincang yang telah digaul bersama rempah kari daging, masak hingga air daging kering.
Masukkan air, kentang, baki bawang besar, kacau sebati masukkan garam, gula dan sedikit asam jawa.
Masaklah hingga kentang empuk.

Bahan pastri :
500 gm tepung gandum
1 cawan air
3 sudu besar majerin
Sedikit garam 


 Cara :
Satukan semua bahan kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Kemudian canai kan doh dan tekap dengan acuan karipap, masukkan inti dan kelim ditepinya.   Buat lah begitu hingga doh habis.

1 comment:

  1. Assalammualaikum Ruby.
    wah resepi klasik ni. c/kiah nak gak mencuba camner rasa guna santan mesti lmk kulitnya kan?
    tksh kongsi resepi yer!

    ReplyDelete