Nuffnang Ad

Wednesday 30 May 2012

Pulut Sri Kaya

Assalammualaikum semua jiran2 kak ruby,  mlm tadi selepas mkn mlm, terasa pula tekak ni nak mkn pulut sri kaya, terasa bau serbuk kayu manis....sdp nya...pulut sri kaya ni lain sikit dengan pulut seri muka, tak lah jauh sngt beza nya cuma sri kaya ada serbuk kayu manis dan serbuk jintan manis....tu yg kak ruby suka tu, wangi....kak ruby pun wat lh walau pun dah kul 10 mlm, pulut mmng kak ruby dah rendam dr ptg lg, cuma tak tau nak wat pe, mlm2 ni baru tringat nak mkn sri kaya.....tapi bukan utk mkn mlm, untuk brkfst esok pg.   


PULUT SRI KAYA

Bahan:
Bahan Bahagian Bawah
1 1/2 cawan pulut
3/4 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam



 

Cara :
Bacuh pulut dan rendam beberapa jam.
Satukan semua bahan diatas, masukkan dalam loyang atau bekas kecil2 dan kukus separuh masak atau hingga santan kering. Kemudian tekan pulut supaya ia kemas dan padat.
Tuangkan adunan bahagian atas keatas nya.  Las tu kukus semula 20 - 30 minit.
Sejukkan dulu baru potong dengan pisau plastik.

 Bahan Bahagian Atas
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1 biji telur
5 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara :
Semua bahan diatas bancuh sebati dan tapis.
Kemudian kacau atas api sederhana hingga naik wap, tutup api dan tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
  

No comments:

Post a Comment