Nuffnang Ad
Thursday, 3 May 2012
Cara Masak Dlm Ketuhar Gelombang Mikro
KARI IKAN BAWAL
Kak ruby percaya semua orang pandai masak kari, apa lagi kari ikan mesti pandai nya.....cuma apa yang kak ruby nak share disini, cara kak ruby masak kari dengan menggunakan 'mirowave'....mirowave ni memang memudahkan kak ruby, selalu nya bila gas habis, sementara untuk membeli gas baru, kak ruby akan masak apa saja dengan mirowave. Tengahari tadi kak ruby masak kari ikan dengan mirowave......Cara nya, setelah semua bahan2 spt bawang merah, bawang putih ditumbuk halus, halia dihiris halus, minyak, daun kari dan serbuk kari digaul semua sekali masukkan dalam mangkuk kaserol, dan masuk lah dalam mirowave dengan kuasa Tinggi selama 5 minit.....kemudian keluarkan dr mirowave, masukkan pula air, air asam jawa, garam dan ikan, masukkan lagi dalam mirowave, masak dengan kuasa Tinggi selama 6 - 7 minit, keluarkan balik dr mirowave masukkan apa2 sayur seperti tomato, kacang bendi dan sebagainya, masak sayur ni dalam 3 minit je dengan kuasa Sederhana Tinggi. Selepas tu keluarkan rasa masin masam nya......dah siap.
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment