Nuffnang Ad

Tuesday 17 November 2015

Kek Chiffon Keladi



KEK CHIFFON KELADI

Bahan-bahan 
Bahan A
6 biji kuning telur
1/2 cawan minyak Mazola
1/2 cawan susu cair
secubit garam
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar perisa keladi
sedikit pewarna purple
1 ½ cawan tepung gandum *diayak
1 sudu kecil baking powder* diayak


Cara 
menyediakan Bahan (A)
Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)


Cara
menyediakan Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan. 

No comments:

Post a Comment