TAUHU SAMBAL HIJAU
Bahan
3 ketul tauhu
1 biji bawang besar - potong bulat atau memanjang
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
Bahan kisar
10 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara
Tauhu digaul bersama garam dan sedikit kunyit,
goreng hingga keemasan angkat dan tos minyak, potong empat, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar
hingga naik bau masukkan sedikit air, masak lagi hingga pecah minyak, masukkan
tauhu tadi. Masukkan bawang besar, garam
dan gula secukup rasa, kacau rata.
Tutup api dan masukkan jus limau kasturi kacau rata.
Boleh dihidangkan.
sedapnyer...
ReplyDelete