Leka dengan cerita cuaca lupa pada bubur gandum. Hihihi petang ni kak ruby masak bubur gandum, rasa2 nya sampai ke malam lah makan bubur ni, sebab bubur gandum menyenyangkan, nak bagi seimbang makan salat dan buah2an dah cukup untuk malam.
BUBUR GANDUM
Bahan
1 cawan biji gandum
2 cawan santan
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Biji gandum direndam selama 3 atau 4 jam. Kemudian dibersih dan ditoskan.
Didihkan air dalam periuk, masukkan biji gandum dan rebus sehingga biji gandum kembang dan empuk.
Bila sudah kembang, masukkan santan, gula dan garam, sekiranya pekat sangat, tambahkan sedikit air.
Masak hingga mendidih, tutup api dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment