Nuffnang Ad

Wednesday, 12 March 2014

Kuih Keria



KUIH KERIA

Bahan
500 gm keledek putih
2/3 cawan gula pasir
sedikit garam
minyak utk menggoreng




Cara
Kupas keledek, cuci bersih dan potong kecil-kecil.
Rebus keledek bersama air dan garam sehingga empuk, kemudian toskan.
Hancurkan keledek sehingga lumat dan halus.  Masukkan tepung gandum gaul sebati hingga boleh dibentuk gegelang bulat.
Goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.  ketepikan.

Untuk sira
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air


Cara
Masukkan gula dan air ke dalam kuali, masak hingga mendidih dan pekat, tutup api.
Masukkan kuih keria gaulkan perlahan sehingga kesemua kuih bersalut gula.

1 comment:

  1. Salam KMK...
    Sedapnya pagi2 dapat sarapan dengan keria ni.. kalau sy ok aje.. tp utk anak2 & suami nak yg pedas2 atau kuih savoury juga untuk sarapan.. hehe...

    ReplyDelete