Nuffnang Ad

Monday, 10 March 2014

Pau Keledek

Assalammualaikum, sudah tiga hari Malaysia malah dunia juga digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370, sehingga ke saat kak ruby menguli kuih pau ni pun masih belum ada sebarang berita gembira lagi.  Kehilangannya penuh misteri, hilang  ghaib begitu saja.........sama-sama lah kita berdoa dan dirikan solat hajat meminta pada Allah Yang Maha Berkuasa, hanya Allah sahaja lah yang tahu dimana dan apa yang terjadi pada MH 370.  Jangan jemu-jemu, terus berdoa.
Walau apa pun kerja harian tetap diteruskan, untuk petang ni kak ruby sediakan pau keledek berbentuk bunga ros hihihi, ni resepi lama kak ruby kembalikan kenangan lama, resepi asal dari azlita masam manis tapi kak ruby tukar kan keledek purple pada keledek putih.


PAU KELEDEK


Bahan :
250 gm keledek putih - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera




Cara :
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus. masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. (kak ruby bagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warnakan dengan warna merah, dan 1 bahagian lagi warnakan merah jambu ) 
Tutup doh dengan towel dan simpan .... sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam



Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 15 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik, untuk pau rose bulat-bulat kecil je, sebab apabila digulung dan dikukus pau akan mengembang.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit
 

1 comment:

  1. Cantiknya...
    Kak ruby buat style nyonya eh..
    Boleh orderx?
    Email sy adriwkiut@gmail.com

    ReplyDelete