Assalammualaikum dan selamat malam, malam ini tidor lambat sikit kot, nak uli tepung je nak buat roti untuk besok pagi.......terasa pula nak makan roti buatan sendiri hihihi, kebetulan ada raisin dan walnut buat lah roti raisin walnut.
ROTI RAISIN WALNUT
Bahan
500 gm tepung roti atau tepung gandum
20 gm susu tepung
100 gm gula kastor
220 gm air sejuk dr peti ais
11 gm yis
40 gm butter
40 gm shortening
1 biji telur
1 sudu teh breand improver
1 sudu teh softener
1 sudu teh garam
rainsin dan walnut secukup nya
Cara
Gaul sebati bahan kering dan masukkan air sejuk dan telur.
Uli sebati masukkan butter dan shortening teruskan uli sehingga lincin dan elastik.
Perapkan 2 kali ganda, tumbuk2kan buang angin, masukkan rinsin dan walnut bentukkan apa bentuk je. Perap lagi 2 kali ganda bakar, selama 15 - 20 minit, dalam suhu 180c.
No comments:
Post a Comment