Nuffnang Ad

Saturday, 16 May 2015

Kacang Panjang Goreng Lemak



KACANG PANJANG GORENG LEMAK 

Bahan
10 urat kacang panjang - potong pendek
1 paket tempe - potong kecil, & di goreng
1 ikat soon - di rendam & potong pendek
3 biji cili merah *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu besar kicap cair
1/4 cwn santan
sedikit kunyit - jika suka
garam dan gula secukup rasa


Cara
Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
Goreng tempe hingga kelihatan rangup, angkat dan ketepikan/toskan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk,  kacau hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang, soon dan kicap cair, kacau sekejap masukkan santan kacau lagi.
Masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, gaul rata.
Tutup api dan hidangkan.


2 comments:

  1. belum pernah try goreng lemak dan ada tempe ni kakruby, sesekali makan ni mmg sedapp

    ReplyDelete
  2. dah lama x main goreng2 kacang panjang.. wani x leh makan kacang panjang huuu..

    ReplyDelete