BUBUR SOM SOM
Bahan
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau
Cara
Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
Masak dalam periuk atas api sederhana .Kacau
sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup.
Matikan api, Sudukan bubur sum sum ke dalam bekas yang sesuai.
Hidangkan bersama air gula merah, Sedap di makan ketika
sejuk.
Air Gula merah/ Sirap
Bahan
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan
Cara
Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Tapiskan, sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment