Tiba lah giliran kak ruby pula nak masukkan resepi durian crepe dalam blog kak ruby......... hai rasa nya macam tak sempurna selagi tak tayang gambar durian crepe yang kak ruby wat......tak perlu lah kot kak ruby nak cerita panjang tentang kehebatan durian crepe ni lagi, sebab dah ramai jiran jiran blog mahu pun kawan kawan fb menghangatkan nya.
DURIAN CREPE
Bahan:
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna ikut suka
Cara:
Masuk semua bahan dalam mangkuk pukul dengan whisk hingga sebati dan tapis.
Ambil sesenduk kecil tuang dalam kuali, pegang kuali loyangkan kuali agar adunan sekata. Masak atas api kecil je, biar hingga kering, angkat tak perlu terbalik.
Untuk Filling :
150 ml fresh crem (kak ruby letak 1 cawan), putar hingga kental.
isi durian yg sudah dibuang biji
Cara:
Letakkan fresh cream, kemudian letak isi durian dan letak lagi fresh cream. Lipat kiri kanan dan atas bawah. Siap, simpan dalam peti ais hingga betul2 sejuk baru makan.
crepe dh jd fenomena dh,,n satu gigitan msti nk lagi n lagi,haha baru try tdi,,memg maveles
ReplyDeletesaye pling suke cmpedak crepe=)
tu lh fenomena d akhir2 thn 2012 hehehehe.....mmng sdp kan nor, tp kak ruby lum buat lg cmpedak crepe, nnti nak wat gak lh......
ReplyDelete