Hari ni, ari Jumaat pengulu segala hari....kata ustaz ari jumaat ni eloklah kita banyak berselawat....kak ruby bukan apa hanya sebagai ingatan untuk diri kak ruby sendiri, hihihihi......ok lah kak ruby balik pada cerita masak, sebenar nya ari ni sampai 4 jenis kuih kak ruby masak, sampai tak masak nasi.......mula2 buat kek oreo, pastu bingka labu pastu pula durian crepe dan sat lagi pula kena buat kek pisang pula. Semua kuih2 ni ada tujuan yg tersendiri, seronok masak masak ni, walau pun terasa sedikit letih........apa2 pun terima kasih yatie diatas resepi yang sedap ni.
BINGKA LABU
Bahan:
2 cawan labu (yg telah direbus & dilecek)
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kak ruby tak letak)
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecih garam
1 sudu kecil esen vanila
bijan secukupnya
Cara:
Panaskan oven pada suhu 200c. Lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga sebati.
Tapiskan adunan, (guna blender pun boleh) tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah dilecek td, kacau rata.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dipanas tadi, taburkan bijan. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk baru lah dipotong.
Salam ziarah... sedapnya bingka labu...
ReplyDelete