Biasanya dihari-hari minggu kak ruby jarang masak nasi, ialah dah lima hari asyik makan nasi je......selalunya kak ruby masak laksa, mee, piza......hari minggu ni kak ruby masak makaroni bakar pulak, lagi pun dalam peti ais kak ruby tu masih ada lagi daging cincang dan cheese cheddar, jadi tak payah lah susah-susah nak pergi mencari di supermarket. kak ruby pun sedia ke dapur.
MAKARONI BAKAR
Bahan :
125 gm makaroni
300 gm daging cincang
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih –
dipotong dadu
1 labu bawang besar –
dipotong dadu
1 sudu besar tomato pure
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil lada sulah
100 gm sayur campur
3 biji telur – dipukul
3 sudu besar cheese cheddar –
diparut
Garam secukup rasa
Cara :
Rebus makaroni hingga masak
dan lembut.
Panaskan mentega, tumis
bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan tomato puree dan sos cili, kacau.
Masukkan daging cincang, masak
hingga air daging kering.
Masukkan sayur campur, garam
dan lada sulah kacau sebati. Masukkan
makaroni dan susu cair, gaul dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan kedalam loyang
yang telah disapu dengan mentega, ratakan…lepas tu tuangkan pula telur yang
sudah dipukul keatas makaroni.
Bakar selama 20 minit, api atas bawah pada suhu 180c. Kemudian keluarkan sekejap taburkan cheese
cheddar yg diparut.
Bakar semula selama 10 minit atau hingga cheese keperangan. Angkat dan biarkan
selama 15 minit sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment