Dari kecil hingga besar, kak ruby hanya makan kuih lapis tepung beras je.....tapi sejak akhir-akhir ni macam-macam pula kuih lapis, kuih lapis kacang merah, kacang hijau, kuih lapis labu.....ah!! best lah, kak ruby pun nak gak cuba....cuba lah...sedap rupa nyer , tp kak ruby buat dengan cara kak ruby
KUIH LAPIS
KACANG MERAH
BAHAN A
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
½ sudu kecil garam
BAHAN B
1/2 cawan kacang merah (yg telah direbus)
1/4 cawan air
pewarna merah
BAHAN C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung
CARA:
Gaul semua bahan A dan
tapis.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campur dgn bahan
B, satu bahagian lagi campur dgn bahan C.
Panaskan kukusan & sapukan acuan dengan
sedikit minyak.
Masukkan 1 sudu adunan plain kedalam acuan.... kukus
selama 4 minit,
kemudian masukkan adunan kacang merah kedalam
acuan kukus lg... diikuti dengan adunan
plain & kacang merah, buat hingga habis. Untuk lapisan akhir kukus selama 7 minit.
Itu kalau acuan kecil, tp kalau
guna loyang 8 x 8, masak dan lapis lah seperti kuih lapis yang biasa.
No comments:
Post a Comment