KEK KARAMEL
Bahan A
2 sudu besar gula (utk buat
gula hangus)
Tabur gula dalam Loyang & masak atas api perlahan, biar gula hancur
dan warna tukar jadi perang. Ketepikan.
Bahan B : (utk meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Bahan C : (utk karamel)
½ tin susu cair
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
½ sudu teh esen vanila
Bahan D : (Utk lapisan kek)
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
45 ml minyak jagung
1 sudu teh baking powder
Cara Membuat
Pukul bahan B, hingga kembang
dan menjadi putih, bila diterbalikkan adunan tak jatuh. Ketepikan.
Kacau semua bahan C, perlahan-lahan jangan sampai berbuih…nanti tak jadi
karamel nya. Ketepikan.
Akhir sekali pukul bahan D, hingga sebati. Kemudian masukkan bahan B tadi,
kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian 2 atau 3, warnakan dengan pilihan
sendiri.
Kemudian masukkan bahan C kedalam loyang bahan A. Selepas itu masukkan
adunan bahan D yang telah dibahagi 2 atau 3 tadi, secara bergilir-gilir hingga
adunan habis.
Bakar cara double boiling
– selama 1 jam suhu 160 – 180
(bergantung pada suhu kepanasan oven masing-masing)
*panaskan oven 10 minit, 50 minit guna api bawah dan 10 minit lagi guna api
atas bawah.
*Acuan 8 inci atau 9 inci.
No comments:
Post a Comment