Kalau dulu, kuih-kuih melayu seperti ini kak ruby dapat makan,hanya pada hari-hari tertentu saja (contoh nya hari raya)... ....berlainan sekarang, bila-bila masa saja boleh dapat, dimana-mana kedai ada jual...sebenarnya kak ruby bukan pandai sangat buat wajik ni, tapi untuk kenangan semasa kecil-kecil dulu, kak ruby cuba juga untuk buat sendiri.
WAJIK
Bahan :
500 gm beras
pulut
150 gm gula
Melaka
2 cawan gula pasir (boleh kurang & boleh
tambah)
1000 ml
santan (dr 2 biji kelapa)
2 helai daun
pandan (di simpul)
Garam
secukup rasa
Cara :
Pulut
direndam semalaman. Toskan, dan kukus
selama 30 minit, sejukkan dan ketepikan.
Didalam
kuali masukkan santan, gula merah yang sudah dibancuh dan ditapis, gula pasir,
daun pandan dan garam. Masaklah hingga
mendidih dan menjadi pekat. Perlahankan
api, kemudian masukkan pulut tadi, kacau selalu hingga pulut sebati dengan
santan, dan nampak berkilat. Tutup api…
Masukkan
dalam acuan atau dulang yang dialas dengan daun pisang. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment